JLKN Serah Kepada Polis Teruskan Siasatan Kes Potong Rambut

Diterbitkan: Jumaat, 21 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TAPAH: Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) menyerahkan kepada polis untuk membuat siasatan lanjut berhubung dakwaan seorang remaja lelaki beragama Sikh bahawa rambutnya dipotong semasa sedang tidur di kem program latihan khidmat negara (PLKN) Sungai Bakap, Pulau Pinang, Ahad lepas.

Ketua Pengarah JLKN, Datuk Abdul Hadi Awang Kechik berkata pihaknya telah menyerahkan perkara itu kepada polis untuk membuat siasatan lanjut dan mengumumkan hasil siasatan kepada umum.

"Walaupun siasatan dalaman JLKN tidak menemui apa-apa bukti, ia tetap diserahkan kepada polis sebagai pihak yang bertanggungjawab membuat siasatan... siasatan awal kami telah mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) jabatan yang ditetapkan.

"Siasatan pihak kami sebelum ini melepasi dua tahap iaitu siasatan awal oleh komandan dan jurulatih kem serta diikuti pasukan khas dari ibu pejabat," katanya kepada pemberita selepas melawat Kem PLKN Sentosa, Chenderian, dekat sini, Jumaat.

Abdul Hadi berkata remaja terbabit, Basant Singh, 18, yang sedang bercuti, dibenar memanjangkan sedikit masa rehatnya.

"Saya juga benarkan beliau untuk berpindah ke kem lain ataupun menangguhkan sementara program yang diikuti. Saya beri dua pilihan kepadanya tetapi jika ingin terus ke kem asal, itu jalan terbaik,"katanya.

Basant yang membuat laporan polis mengenai kejadian itu Ahad lepas dilaporkan enggan meneruskan latihan kerana trauma dengan insiden yang mengejutkannya kerana dia tidak pernah memotong rambut sejak lahir sebagai mematuhi ajaran agama.

Sementara itu, beliau berkata seramai 83 pelatih Kem PLKN Sentosa yang dikesan menghidap penyakit serupa influenza (ILI) minggu lepas pulih sepenuhnya.

Katanya JLKN yang mendapat bantuan dan sokongan penuh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berjaya mengekang virus H1N1 daripada terus merebak kepada pelatih lain di dalam kem itu.

"KKM memberi kebenaran kepada setiap kem untuk meneruskan program latihan sekiranya terdapat serangan wabak itu dengan mengasingkan pelatih yang dijangkiti ILI... tiada lagi kem yang akan ditutup selepas ini," katanya.

Sehingga kini, terdapat 148 mangsa ILI yang kini dirawat di Kem PLKN Sinaran Suria, Sungkai manakala kes lain membabitkan 25 pelatih di Kem PLKN Tegas Kendiri, Kuala Kangsar. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan