Henti Keluar Lesen Benar Nelayan Asing Tangkap Ikan Di Sarawak - Penesa

Diterbitkan: Jumaat, 21 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Persatuan Nelayan Sarawak (Penesa) mahu Jabatan Perikanan mengkaji semula tindakan membenarkan bot-bot nelayan asing memiliki lesen menangkap ikan tempatan di perairan negeri kerana ia memberi impak negatif kepada nelayan tempatan.

Pengerusi Penesa Temrin Bustaman mendakwa nelayan-nelayan tempatan kini menanggung kerugian sehingga 60 peratus kerana ada sesetengah daripada nelayan-asing yang diberi lesen itu gagal mematuhi peraturan ditetapkan, terutamanya daripada aspek pendaratan ikan dan jarak menangkap ikan.

"Penesa mahu Jabatan Perikanan menghentikan serta-merta pemberian lesen tersebut kerana ia semakin serius terutama sekali aspek pendaratan ikan," katanya.

Sebagai contoh, Temrin berkata ada antara ikan-ikan yang dibawa ke Pelabuhan Laut Dalam Tanjung Manis tidak berkualiti berikutan tindakan nelayan berkenaan membawa hasil laut negara ini ke negara asal masing-masing.

"Secara jangka panjang jika ini tidak ditangani dengan segera hasil laut negara terutama sekali di dalam negeri ini akan pupus dan pada masa sama pendapatan nelayan tempatan terjejas, sekaligus usaha untuk membantu nelayan tempatan keluar daripada kelompok kemiskinan akan gagal," katanya.

Temrin berkata setiap nelayan asing yang diberi lesen diberitahu dengan jelas bahawa mereka perlu menangkap ikan dengan jarak lebih 30 batu nautika dari kawasan perairan namun ada yang gagal mematuhi.

Tindakan lebih agresif perlu diambil sebelum ia menjadi lebih serius dan sukar dikawal, katanya.

Beliau berkata nelayan-nelayan tempatan mempunyai kemampuan dalam mengendalikan penangkapan ikan laut dalam dan jika diberi peluang lebih baik daripada nelayan asing.

Selain menjejaskan sumber pendapatan nelayan tempatan, Temrin berkata nelayan-nelayan asing ini boleh mendatangkan masalah sosial kepada penduduk tempatan terutama sekali di kawasan sekitar Tanjung Manis, Sarikei.

Difahamkan majoriti nelayan-nelayan asing yang diberi lesen berasal dari Thailand dan Vietnam. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan