Badan Perhubungan Umno Terengganu Dirombak

Diterbitkan: Jumaat, 21 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BESUT: Badan Perhubungan Umno Terengganu akan mengalami rombakan dalam usaha untuk mendapatkan kembali sokongan padu ahli selain memantapkan kembali Umno negeri, kata Pengerusi Badan UMNO Perhubungan Negeri Datuk Seri Ahmad Said.

Beliau berkata senarai rombakan itu akan diumumkan dalam mesyuarat pertama Badan Perhubungan Umno Negeri tahun ini yang akan diadakan pada 25 Januari di Kuala Terengganu.

"Yang pastinya senarai jawatankuasa baru ini akan memperlihatkan kombinasi muka lama dan baru," katanya kepada pemberita selepas Majlis Mesra Veteran UMNO Bahagian Besut Bersama Pemimpin yang diadakan di Dewan Gong Kemuntong, Jerteh di sini Jumaat.

Ahmad, bagaimanapun, enggan menamakan antara pemimpin Umno negeri yang terlibat dalam rombakan itu.

Katanya surat jemputan kepada mereka yang tersenarai menduduki jawatankuasa baru itu dan Ketua Umno Bahagian akan dihantar dalam jangka masa terdekat.

Ahmad berkata seorang pegawai khas akan dilantik di setiap bahagian dalam usaha untuk memperkemaskan lagi anggota veteran UMNO di Terengganu.

Pada masa ini, jumlah ahli veteran UMNO yang masih bergerak aktif di Terengganu hampir mencecah 50,000 yang merupakan sembilan peratus jumlah pengundi di Terengganu sekarang, katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan