Anwar Terus Cabar Najib Debat

Diterbitkan: Jumaat, 21 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tetap mahu meneruskan permintaannya untuk berdebat dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengenai 'Pelan 100 Hari' pembangkang.

Anwar berkata, beliau tidak berganjak mengenai hasratnya untuk berdebat secara terbuka demi kepentingan rakyat Malaysia.

"Saya tegaskan di sini, saya sedikitpun tidak berganjak dari kenyataan sebelumnya serta hasrat yang terkandung dalam surat rasmi berniat mempelawa Perdana Menteri untuk berdebat," katanya di sini.

Ketua Pembangkang itu mengulas laporan BERNAMA sebelum ini bahawa beliau tidak mahu berdebat secara terbuka sebaliknya hanya ingin mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri.

Selasa lalu Najib menegaskan, Anwar tidak perlu mendesaknya untuk berdebat kerana beliau mempunyai pelbagai maklumat yang boleh menyebabkan ketua pembangkang itu 'demam' jika dibongkarkan ketika berdebat.

Perdana Menteri berkata, beliau tidak gentar berdebat dengan Anwar tetapi menyifatkan tindakan berkenaan hanya membuang masa kerana pembohongan ketua pembangkang itu dan kegagalannya menunaikan janji.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan