Koh Nafi Kerajaan Pusat Anak Tirikan Pulau Pinang

Diterbitkan: Khamis, 20 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon pada Khamis, menafikan dakwaan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng bahawa selama ini kerajaan pusat telah menganaktirikan negeri itu.

Buktinya kata beliau, pelbagai projek kerajaan pusat seperti jambatan kedua Pulau Pinang, pembesaran lapangan terbang antarabangsa di Bayan Lepas serta pembesaran berterusan pelabuhan negeri kini berjalan lancar.

"Ini menunjukkan tuduhan bahawa Pulau Pinang telah diabaikan kerajaan pusat adalah tidak benar," katanya kepada pemberita selepas melawat beberapa kuil hindu sempena sambutan Thaipusam, di sini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Lim baru-baru ini yang mendakwa Pulau Pinang telah dipinggirkan kerajaan pusat dalam agihan Program Transformasi Ekonomi (ETP).

Mengulas lanjut, Koh berkata Pulau Pinang bersama Kulim, Sungai Petani dan utara Perak telah dipilih kerajaan pusat sebagai kawasan tumpuan inisiatif industri elektronik iaitu satu daripada 12 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA).

Selain itu katanya, usaha kerajaan pusat membangunkan Pulau Pinang sejak 40 tahun lepas juga kini menunjukkan hasil yang mana negeri itu mencatatkan pelaburan tertinggi tahun lepas, iaitu peningkatan lima kali ganda berbanding 2009.

"Keputusan sedemikian telah menunjukkan usaha kerajaan dalam tempoh 40 tahun lalu yang bermula dalam era Tun Dr Lim Chong Eu dengan menyediakan infrastruktur yang baik dan sistem bekalan bahan-bahan komponen yang baik telah mendatangkan hasil," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan