KITA Dilancar, Tumpu PRU-13

Diterbitkan: Khamis, 20 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) yang diterajui oleh bekas pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim dilancarkan secara rasmi di Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara di sini, Rabu.

Dengan moto moderat, demokratik dan liberal, Zaid berkata, KITA sebuah organisasi hibrid dengan konsep 'think thank' yang menumpukan perhatian kepada konsep kerajaan yang bertanggungjawab kepada rakyat.

Kira-kira 600 tetamu hadir yang terdiri daripada ahli politik, diplomat asing dan penganalisis politik pada majlis perasmian tersebut.

Antaranya ialah Presiden Parti Progresif Rakyat, Datuk M. Kayveas; Ahli Parlimen Padang Serai, P. Gobalakrishnan; Timbalan Presiden Parti Nasional Sarawak (SNAP), Edwin Dundang Bugak; bekas Setiausaha Agung PKR, Datuk Salehhuddin Hashim, wakil Parti Progresif Sabah (SAPP) dan Presiden Parti Cinta Malaysia, Huan Chen Guan.

Menurut Zaid, beliau akan memberi sokongan kepada kerajaan Persekutuan sekiranya dasar yang diperkenalkan membawa kebaikan kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira kaum.

Jelasnya, KITA juga akan memberi tumpuan kepada bagaimana untuk menyelesaikan masalah utama rakyat yang merupakan perkara pokok untuk memenangi pilihan raya umum akan datang.

"Kami percaya masih ada ruang untuk politik idealisma di Malaysia.

"Kami di sini untuk membawa rakyat Malaysia ke arah kehidupan yang aman damai antara satu sama lain. Kami tidak percaya kepada politik ekstrem," katanya dalam ucapan pelancaran parti itu.

Zaid yang juga bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, parti itu menolak individu dan pihak yang menggunakan kepentingan peribadi untuk mencapai cita-cita politik mereka.

"Matlamat utama Parti KITA adalah untuk mengembalikan perpaduan rakyat Malaysia serta kestabilan politik di negara ini.

"Kami mahu menubuhkan sebuah parti yang mempunyai asas yang kukuh demi menjaga kepentingan generasi muda pada masa hadapan," katanya.

KITA yang sebelum ini dikenali sebagai Angkatan Keadilan Malaysia (AKIM) ditubuhkan bagi mengembalikan semangat dan keharmonian ketika era kemerdekaan negara pada tahun 1957.

Zaid berkata, parti itu ditubuhkan atas prinsip yang sama dengan konsep penubuhan Malaysia iaitu memperjuangkan hak sama rata, menegakkan keadilan serta memelihara integriti semua institusi awam berdasarkan keluhuran perlembagaan dan undang-undang negara.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan