Hutang Isi Rumah Masih Pada Paras Berhemah: BNM

Diterbitkan: Khamis, 20 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Hutang isi rumah Malaysia yang berjumlah RM577 bilion pada November tahun lepas, masih pada paras berhemah, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz.

Beliau berkata, hutang isi rumah merupakan kira-kira 50 peratus daripada keseluruhan pinjaman dan 74 peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK).

"Walaupun ia mungkin kelihatan tinggi, namun satu perkara yang Malaysia ada, yang amat penting bagi institusi perbankan khususnya, ialah sistem maklumat rujukan kredit pusat.

"Walaupun kita ada baki kad kredit sebanyak RM1 sekalipun, nama kita akan ada dalam sistem ini, jadi semasa melakukan penilaian kredit, institusi perbankan boleh mengetahui obligasi kewangan seseorang peminjam," katanya kepada pemberita selepas melancarkan satu program pengurusan wang, "Pengurusan Wang Ringgit Anda (Power!)" di sini hari ini.

Program itu bertujuan memperkasa individu muda dan peminjam baharu dalam menguruskan kewangan mereka dengan berkesan, yang seterusnya akan menyumbang ke arah menggalakkan perlindungan yang lebih baik bagi pengguna kewangan dan memupuk sektor isi rumah yang lebih berdaya tahan.

Zeti berkata, paras Pinjaman Tidak Berbayar (NPL) masih rendah, dan NPL dalam sektor perbankan pada keseluruhannya adalah sebanyak dua peratus manakala bagi sektor isi rumah sebanyak 2.3 peratus.

"Pada masa ini, kita percaya peminjaman dalam sektor isi rumah berada pada paras berhemah, tetapi kita tidak mahu menunggu hingga kita ada masalah dan itulah sebabnya kita memperkenal program ini," tegasnya.

Kata Zeti, keutamaan BNM ialah memastikan kedudukan hutang isi rumah berada pada paras berhemah, di samping memantau bank-bank dan memastikan tidak wujud amalan memberikan pinjaman secara berlebihan dan tidak bertanggungjawab.

"Bagi pengguna, kita akan memantau dengan teliti," katanya sambil menambah bahawa maklumat yang diberikan oleh Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) menunjukkan 60 peratus kes pengguna adalah yang berkaitan dengan masalah hutang isi rumah.

Sementara itu, program Power! dijangka melengkapkan individu dengan pengetahuan dan kemahiran kewangan amali serta alat membuat keputusan untuk membuat keputusan kewangan yang bijak.

Ia merangkumi maklumat berguna dan petua untuk menggalakkan pengurusan wang berhemah dan disiplin kewangan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan