Akta Baru Perlu Digubal Untuk Kawal Vandalisme - MCPF

Diterbitkan: Khamis, 20 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Undang-undang baru dikenali sebagai Akta Vandalisme perlu digubal untuk menangani perbuatan merosakkan harta awam yang semakin meningkat di negara ini, kata Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF).

Naib pengerusinya, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, undang-udang baru itu perlu memperuntukkan denda lebih tinggi serta mewajibkan mereka yang disabitkan kesalahan, melakukan khidmat masyarakat.

"Ini boleh dibuat sekarang kerana Perkara 6 Perlembagaan Persekutuan, yang tidak membenarkan penggunaan buruh paksa, telah dipinda beberapa tahun lepas," katanya dalam kenyataan, Khamis.

Bagi pesalah berulang, Akta ini perlu memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih dua tahun serta sebat, tertakluk kepada Kanun Prosedur Jenayah, katanya.

Lee berkata, walaupun perbuatan merosakkan harta awam di Malaysia tidak seteruk seperti di kebanyakan negara Barat, namun ia tetap merupakan masalah serius yang perlu ditangani secara berkesan.

Katanya, undang-undang kecil vandalisme yang dikuatkuasakan pihak berkuasa tempatan ketika ini tidak memadai untuk menyelesaikan masalah itu.

Perosak harta awam sering menjadikan kemudaham awam seperti telefon awam, tong sampah, lif, meter parkir, pondok hentian bas, papan tanda dan tandas awam sebagai sasaran mereka, kata beliau.

"Memanglah telah dikenal pasti bahawa perbuatan merosakkan harta awam perlu ditangani melalui pendidikan, penerapan nilai murni, tanggungjawab sosial dan kesedaran sivik.

"Tetapi, pendidikan semata-mata tidak mencukupi, ia perlu disokong oleh undang-undang ketat serta penguatkasaan secara tegas," kata Lee. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan