Usah Pertikai Pelantikan Abu Bakar Sebagai Hakim Syarie Kelantan

Diterbitkan: Rabu, 19 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Ketua Hakim Syarie Kelantan Datuk Daud Mohamad mengingatkan pihak tertentu jangan mempertikaikan pelantikan Abu Bakar Abdullah Kutty sebagai hakim Mahkamah Tinggi Syariah kerana ia telah diputuskan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri (SPN).

"Tidak ada pihak yang boleh mempersoalkan keputusan yang dibuat kerana pelantikan itu dibuat berdasarkan syarat-syarat perjawatan dalam SPN dan diperkenankan oleh Sultan," katanya kepada Bernama ketika diminta mengulas bantahan Persatuan Peguam Syarie Malaysia cawangan terhadap pelantikan itu dengan alasan Abu Bakar tidak mempunyai pengalaman sebagai hakim sebelum ini.

Penyelaras persatuan itu, Che Rosmah Mohd Zain berkata, pihaknya meminta agar calon yang dicadangkan persatuan itu iaitu Hakim Mahkamah Rendah Syariah sekarang, Che Hashim Deraman, dilantik bagi mengisi kekosongan itu.

Daud berkata pengalaman sebagai hakim di mana-mana mahkamah bukan menjadi syarat pelantikan sebagai hakim kerana jawatan Abu Bakar sebelum ini sebagai Ketua Pendakwa dan Ketua Pendaftar setaraf dengan kedudukan seorang Hakim Syarie.

Malahan, katanya, mana-mana penjawat awam yang dilantik sebagai pegawai syarie di Kelantan layak menjadi hakim mana-mana mahkamah walaupun tidak pernah menjadi hakim.

"Jadi tidak timbul soal beliau (Abu Bakar) tidak layak menjadi hakim Mahkamah Tinggi kerana tidak pernah memegang jawatan hakim mana-mana mahkamah. Ini kerana kedudukan pegawai syarie adalah setaraf dengan hakim kerana ia terletak di bawah Jabatan Kehakiman yang baru diwujudkan di Kelantan," katanya.

Daud berkata kemungkinan pihak yang mempertikaikan keputusan SPN itu tidak faham mengenai kedudukan perjawatan pentadbiran Mahkamah Syariah di Kelantan walaupun ada antara mereka adalah peguam syarie.

Katanya beliau menerima surat bantahan yang disampaikan wakil persatuan itu pada 16 Jan lepas, tarikh yang sama dengan penguatkuasaan pelantikan Abu Bakar sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kelantan menggantikan Mohd Yusoff Awang kerana tamat kontrak.

Menurutnya Abu Bakar kini mengikuti kursus di Riyadh, Arab Saudi, dalam bidang kehakiman sebelum memulakan tugas rasmi tidak lama lagi.

Beliau menafikan kenyataan persatuan itu bahawa 300 kes tertunggak di Mahkamah Syariah kerana kekurangan hakim untuk mengendalikan kes di mahkamah itu.

"Saya hairan dari mana angka kes tertunggak itu diambil sedangkan Jabatan Kehakimanan Syariah tidak mempunyai rekod itu," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan