Rejimen Sempadan Bakal Punya Markas Di Perlis

Diterbitkan: Rabu, 19 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Sebuah markas Rejimen Sempadan akan dibina di negeri ini dalam Rancangan Malaysia ke-10 (RMK10) bagi meningkatkan lagi kecekapan pengurusan rejimen itu.

Panglima Briged Sempadan Brig Jen Azlan Abdul Rahman berkata lokasi sebenar markas itu sudah dikenal pasti.

Bercakap kepada pemberita pada Rabu, Azlan berkata setakat ini beliau berpuas hati dengan prestasi rejimen yang bertanggungjawab menjaga sempadan Malaysia dan Thailand.

"Setakat ini tugas anggota-anggota Rejimen Sempadan amat memuaskan dan berjaya mengekang kegiatan-kegaitan jenayah di sempadan termasuk penyeludupan," katanya selepas hadir sambutan ulang tahun ketiga rejimen itu, di sini.

Beliau berkata bagi memastikan kawalan keselamatan di sepanjang sempadan sejauh 600 km itu berkesan, pihaknya mengadakan kerjasama dengan pasukan keselamatan Thailand.

Rejiman Sempadan itu diwujudkan awal tahun 2008 untuk merealisasikan hasrat kerajaan untuk mempunyai satu pasukan khusus mengawal sempadan darat negara setanding dengan negara-negara maju. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan