Perak Teruskan Pemberian Elaun Tambahan RM200 Kepada 3,120 Guru KAFA

Diterbitkan: Rabu, 19 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BAGAN SERAI: Kerajaan negeri Perak akan meneruskan pemberian elaun tambahan RM200 kepada guru Kelas Agama dan Fardhu Ain (KAFA) di negeri itu, kata Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Beliau berkata kerajaan negeri akan terus memberikan elaun itu kerana menghargai sumbangan dan khidmat yang dicurahkan kira-kira 3,120 guru KAFA.

"Saya harap penjelasan ini dapat memperbetulkan persepsi yang cuba ditimbulkan oleh pihak yang bermain politik. Mereka itu mendakwa kerajaan negeri bersifat munafik dan zalim (kerana menghentikan elaun guru KAFA).

"Kerajaan negeri buat keputusan untuk terus beri elaun berdasarkan kewajaran sumbangan mereka yang berkhidmat 15 jam seminggu," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di Pejabat Penghulu Mukim Selinsing/Gunung Semanggol pada Rabu.

Beliau mengulas dakwaan pihak tertentu kononnya kerajaan negeri Perak menghentikan pemberian elaun tambahan itu kepada guru KAFA.

Ketika ini, guru KAFA di Perak menerima elaun sebanyak RM800 daripada kerajaan Persekutuan dan RM200 daripada kerajaan negeri.

Zambry turut mengulas kejadian seorang remaja lelaki Sikh iaitu Basant Singh, 18, yang enggan meneruskan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) selepas trauma apabila rambutnya dipotong.

"Ia merupakan satu perkara yang serius kerana kejadian itu telah menyentuh hak seseorang terhadap agamanya. Hak ini tidak boleh sampai diceroboh. Tindakan serius dan sewajarnya perlu diambil terhadap pelakunya, di samping siasatan teliti perlu dijalankan," katanya yang menyifatkan kejadian itu tidak wajar berlaku dan meminta semua pihak menyerahkan perkara itu kepada pihak berkuasa.

Beliau turut menasihatkan supaya kejadian itu tidak digunakan oleh mana-mana pihak bertujuan mewujudkan suasana tegang dan 'bermain api'.

Katanya kejadian seperti itu boleh dielakkan sekiranya setiap individu mempunyai sikap toleransi dan memahami perkara asas mengenai agama serta budaya antara kaum. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan