Memorandum Kepada Najib Minta PPSMI Dijadikan Opsyen

Diterbitkan: Rabu, 19 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Persatuan Ibu Bapa Untuk Pendidikan Malaysia (PAGE) mengulangi saranannya supaya Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), dijadikan sebagai opsyen di sekolah kebangsaan dan sekolah menengah kebangsaan.

Perkara itu dinyatakan dalam memorandum yang diserahkan oleh Pengerusi PAGE Datin Noor Azimah Abdul Rahim kepada Datuk Seri Najib Tun Razak, yang diterima oleh setiausaha sulit kanan Perdana Menteri Mohamad Amir Harun di Pejabat Perdana Menteri tengah hari Rabu.

Noor Azimah ketika ditemui pemberita berharap Najib akan membawa resolusi persatuan itu untuk dibincangkan semula oleh kabinet kerana perkara itu adalah untuk kebaikan kanak-kanak.

PPSMI, yang diperkenalkan pada 2003 ketika era Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri, bertujuan meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris pelajar dalam bidang sains dan matematik tetapi pada 2009, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran mengumumkan pemansuhan dasar itu berkuatkuasa 2012 manakala sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil menggunakan bahasa ibunda masing-masing bagi pengajaran dan pembelajaran dua subjek berkenaan.

Noor Azimah berkata keputusan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) baru-baru ini, menunjukkan peningkatan memberangsangkan dalam mata pelajaran Sains, Matematik Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.

"Jadi, sebenarnya apa yang difahami oleh orang yang menentang PPSMI yang mengatakan Bahasa Melayu akan ditindas, sebenarnya tidak betul," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan