Isu Kekosongan Kerusi DUN Pelabuhan Klang: SPR Tunggu Notis Speaker

Diterbitkan: Rabu, 19 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hanya akan mengumumkan status kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelabuhan Klang selepas suruhanjaya itu menerima notis rasmi mengenainya daripada Speaker DUN Selangor, Datuk Teng Chang Khim.

"Masih terlalu awal untuk tentukannya. Saya pun masih belum terima apa-apa surat setakat ini. Apa yang saya dengar adalah melalui media dan rakan-rakan.

"Insya-Allah selepas kita terima notis daripada Speaker, SPR akan adakan mesyuarat khas untuk membincangkan mengenai perkara ini," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini, Khamis.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai kekosongan kerusi DUN Pelabuhan Klang yang telah diisytiharkan kosong oleh Speaker Selangor kerana wakil rakyatnya, Badrul Hisham didakwa tidak menghadiri persidangan dewan dalam tempoh enam bulan.

Teng berkata, bahawa tidak ada peruntukan-peruntukan untuk Badrul Hisham merayu dan adalah menjadi tugas Speaker memaklumatkan kerusi kosong.

Menurut Perkara 69 daripada perlembagaan negeri, ahli dewan perundangan yang tidak hadir selama enam bulan mestilah mengosongkan kerusinya.

Bagaimanapun, keputusan mengenai satu pilihan raya kecil perlu dibuat oleh SPR.

Mengulas lanjut mengenainya, Abdul Aziz berkata, sebarang keputusan mengenai kekosongan kerusi DUN Pelabuhan Klang hanya boleh ditentukan selepas SPR mengkaji dan meneliti Undang-Undang Negeri Selangor.

"Setakat ini kita hanya perlu tunggu notis rasmi daripada Speaker. Sebarang keputusan perlu dikaji mengikut aspek Undang-Undang Negeri Selangor.

"Selepas terima surat baru kita boleh adakan mesyuarat khas. Kita perlu tahu apa sebab Speaker umumkan kekosongan kerusi,” katanya.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan