U Mobile Tawar Harga Blackberry Serendah RM3

Diterbitkan: Selasa, 18 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyedia perkhidmatan mudah alih 3G, U Mobile Sdn Bhd akan menawarkan telefon pintar Blackberry Bold 9780 dan Curve 930 pada harga istimewa bermula hanya dari RM3, RM33 dan RM333 pada 21 Januari ini.

Tawaran unit terhad itu berdasarkan siapa cepat dia dapat itu bersempena dengan kempen kesegaran semula bertemakan ‘Nyata Berbeza’ yang bakal berlangsung di Boulevard, Aras Bawah, pusat membeli-belah Berjaya Times Square, Kuala Lumpur dari pukul 11 pagi sehingga 8 malam.

U Mobile dalam satu kenyataan berkata, pengguna pasca bayar dan pra bayar yang mempunyai Blackberry boleh mendapatkan pelan Blackberry U Mobile terbaru yang berpatutan dengan pelan data fleksibel mengikut pilihan harian, mingguan atau bulanan.

“Pelanggan yang tidak berpeluang mendapatkan unit terhad Blackberry 9780 dan Curve 9300 masih boleh membeli kedua-dua jenis telefon pintar itu pada hari tersebut pada harga yang berpatutan.

“Ia yang akan dilengkapi dengan Pelan Data Blackberry U Mobile dan pelan panggilan berdasarkan ‘bayar yang anda guna’ (PAYU),” kata kenyataan itu.

U Mobile turut menawarkan bagi pelanggan yang terawal apabila mereka berpeluang mendapatkan data pelan Blackberry secara percuma selama enam bulan.

“Kedua-dua pakej dan tawaran paling awal hanya boleh didapati sementara stok masih ada,” kata kenyataan itu lagi.

Orang ramai yang mahu mendapatkan kadar bagi pakej data U Mobile yang menarik dan harga runcit bagi telefon pintar Blackberry dengan mengikuti Facebook.com/umobile018 atau Twitter.com/umobile018 untuk mendapatkan perkembangan terkini.

Maklumat lanjut mengenai U Mobile boleh melayari laman web u.com.my atau menghubung khidmat pelanggan di talian +60183881318.

U Mobile Sdn Bhd yang menyediakan perkhidmatan data dan panggilan dilancarkan pada 18 September 2007.

Setakat ini, penyedia perkhidmatan mudah alih 3G itu mempunyai lebih 1,000 stesen yang dipasang meliputi kawasan Lembah Klang, Seremban, Ipoh, Pulau Pinang dan Johor Bahru.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan