Najib Mahu BN Kerja Keras Agar Menang Selesa Di Tenang

Diterbitkan: Selasa, 18 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LABIS: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Barisan Nasional (BN) perlu bekerja keras untuk mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri Johor kawasan Tenang dengan satu kemenangan selesa dalam pilihan raya kecil 30 Januari ini.

"Kita berazam untuk terus kekal rekod kita kerana sejak akhir-akhir ini kita punyai rekod baik dalam pilihan raya kecil dan harap ia meneruskan momentum dalam tranformasi politik kita.

"Kita hendak menang dengan selesa. Kita mesti bekerja keras dan tidak membuat sebarang kesilapan yang boleh dieksploitasi oleh pembangkang," katanya pada sidang akhbar selepas meghadiri majlis ramah mesra dengan penduduk Felda Tenang di sini, Selasa.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian Datuk Sulaiman Taha, yang juga Ketua Umno Bahagian Labis, pada 17 Disember lepas akibat jangkitan kuman dalam darah dan kencing manis.

Dalam pilihan raya umum 2008, Sulaiman menewaskan calon PAS, Mohd Saim Siran dengan kelebihan 2,491 undi.

PAS telah menamakan Ketua Muslimat Labis, Normala Sudirman, 37, sebagai calonnya manakala calon BN akan diumumkan olehTimbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin esok.

Najib berkata kriteria utama pemilihan calon BN itu adalah beliau mestilah disenangi dan mendapat sokongan daripada masyarakat di Tenang.

"Untuk dia menjadi wakil rakyat, beliau mestilah dekat di hati rakyat dan mudah dihubungi dan mengambil tindakan terhadap permasalahan rakyat," katanya.

Ditanya tentang sambutan terhadap program di ketiga-tiga Felda yang dilawatinya hari ini, Perdana Menteri berkata, reaksi yang ditunjukkan oleh penduduk Felda menunjukkan mereka berpuashati dengan apa yang diterima daripada Felda.

"Kita lihat suasana dalam perkampungan Felda begitu ceria dan positif. Mereka akan menilai siapa yang sebenarnya membela untung nasib mereka, berjasa mengangkat martabat dan memberi segala kemudahan kepada penduduk Felda," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Kolumnis

iklan

Iklan