Kontroversi Azan: Peguam Mohon Maaf - Berita Semasa | mStar

Kontroversi Azan: Peguam Mohon Maaf

Diterbitkan: Selasa, 18 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang peguam, Ng Kian Nam pada Isnin memohon maaf ekoran aduannya berkaitan azan dari Masjid Al-Ikhlasiah di Kampung Kerinci di sini sehingga menimbulkan bantahan umat Islam.

Beliau menyifatkan terdapat 'salah faham' dalam isu berkenaan sehingga menimbulkan kemarahan penduduk Islam di kawasan terbabit.

“Saya meomohon maaf kepada seluruh muslim kerana salah faham yang saya timbulkan. Sebenarnya saya tak dapat bezakan antara azan dan kuliah Subuh,” katanya kepada pemberita di sini.

Katanya, dia telah tersalah anggap bahawa kuliah Subuh adalah azan sehingga menyebabkannya membuat aduan kepada Pejabat Perdana Menteri pada 20 disember tahun lalu.

Di dalam surat itu, jelas pemimpin Pemuda MCA itu, dia mencadangkan kepada pihak berkuasa supaya menyediakan garis panduan bagi mengawal volum pembesar suara di masjid sambil menambah bahawa azan menganggu tidurnya setiap pagi.

Ekoran itu dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu mengadakan demontrasi membantah tindakan Ng Jumaat lalu, lapor The Malaysian Insider.

Turut hadir pada sidang media berkenaan termasuk Ketua Umno Bahagian Lembah Pantai, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin serta wakil NGO terbabit.

Difahamkan Raja Nong Chik mengadakan pertemuan dengan semua pihak terbabit sebelum sidang media berkenaan.

Dalam pada itu, Ng memberitahu, setiap manusia mempunyai kelemahan dan sebagai bukan Islam dia tidak dapat membezakan antara azan dan kuliah Subuh semasa mengirimkan surat aduan tersebut.

Dalam pada itu, Raja Nong Chik berpuas hati dengan permohonan maaf Ng dan tidak mahu isu berkenaan terus disensasikan lagi.

“(Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator) Datuk Seri Jamil Khir (Baharom) juga menyebut bahawa tiadan sebarang tindakan berkaitan isu itu, jadi saya seru semua pihak jangan mensensasikan isu ini untuk apa tujuan sekalipun.

“Ini hanya isu kecil akibat salah faham,” kata Menteri Wilayah Persekutuan itu.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan