Kelantan Sedia Tambah Pengeluaran Lesen Premis Minuman Arak

Diterbitkan: Selasa, 18 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Kerajaan PAS Kelantan sedia menambah pengeluaran lesen premis minuman arak di negeri ini mengikut keperluan penduduk bukan Islam, kata Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Datuk Takiyuddin Hassan.

Beliau berkata langkah itu membuktikan kerajaan negeri tidak pernah menghalang masyarakat bukan Islam daripada menikmati minuman keras walaupun mengamalkan dasar pentadbiran Islam.

"Kita tidak pernah menyekat bukan Islam daripada minum arak kerana kita mengawal penggunaan minuman keras itu di kalangan mereka, malah sedia menambah pengeluaran lesen premis mengikut keperluan mereka," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hotel Crown Garden, di sini, Selasa yang turut dihadiri Pengurus Besar hotel berkenaan, Iby Quek.

Takiyuddin berkata di sekitar bandar Kota Baharu sahaja, kerajaan negeri mengeluarkan 28 lesen premis minuman keras, termasuk di kawasan Jalan Kebun Sultan yang dikenali sebagai 'China Town'.

Ini termasuk lesen yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa kerajaan tempatan atau majlis daerah lain di seluruh negeri.

Bagaimanapun beliau menegaskan kerajaan negeri tidak berkompromi dengan tidak mengeluarkan lesen premis judi kerana ini berdasarkan keputusan bahawa perjudian bukan sahaja dilarang semua agama tetapi juga keluarga yang terbabit dengan kegiatan itu.

Takiyuddin berkata beliau selaku pengerusi jawatankuasa itu sering dipersoalkan oleh pihak berkenaan mengenai pendirian kerajaan negeri berhubung isu pemberian lesen premis minuman keras dan judi selepas kerajaan PAS mengambil pentadbiran negeri ini sejak 1990.

Katanya di bawah dasar pentadbiran kerajaan PAS membangun bersama Islam, kerajaan negeri tidak pernah menyekat bukan Islam daripada menum arak, cuma kerajaan negeri menyusun kaedah penjualan minuman itu melalui bidang kuasa kerajaan tempatan.

"Kita mempunyai formula khusus dalam menentukan kaedah pengeluaran lesen premis perniagaan minuman keras itu di negeri ini sesuai dengan langkah mengawalnya," katanya.

Beliau juga berkata kerajaan negeri tetap tidak membenarkan hotel-hotel di negeri ini menyediakan minuman arak kepada pelanggannya selain mengharamkan penjualannya di pasar raya. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan