Hentikan Budaya Cabar Berdebat - Saifuddin

Diterbitkan: Selasa, 18 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Seorang Anggota Majlis Tertinggi Umno hari ini meminta agar budaya cabar berdebat pada kalangan pemimpin politik dihentikan kerana tindakan itu tidak membawa sebarang manfaat.

Selain itu, Datuk Saifuddin Abdullah yang merupakan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi berkata Malaysia juga masih belum mencapai tahap budaya debat politik yang sihat bagi menganjurkan perdebatan antara pemimpin politik.

"Debat politik itu sebenarnya baik, tetapi perlu menggunakan cara yang betul dan bukannya cabar-mencabar kerana ia tidak akan ada penghujung," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau diminta mengulas mengenai cabaran yang dilontar beberapa pemimpin politik untuk berdebat mengenai janji 'Pelan 100 Hari' pembangkang jika memenangi pilihan raya umum akan datang.

Saifuddin juga berpandangan perdebatan yang mengikut emosi tidak akan menyelesaikan masalah sebaliknya hanya menjadi bahan ketawa rakyat.

Terdahulu, beliau melancarkan Pusat Bahasa Mandarin dan Kebudayaan Universiti Malaysia Pahang (UMP), iaitu pusat pertama seumpamanya di Institusi Pengajian Tinggi di kawasan pantai timur.

Pada majlis itu beliau turut menyarankan IPT tempatan agar mewujudkan pusat bahasa bagi menggalakkan penguasaan bahasa ketiga pada kalangan mahasiswa dan seterusnya meluaskan peluang pekerjaan untuk mereka. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan