Rosmah Mulakan Lawatan Ke Oman

Diterbitkan: Isnin, 17 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MUSCAT: Datin Seri Rosmah Mansor, isteri kepada Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak, tiba di sini pada Ahad untuk melakukan lawatan empat hari ke Oman.

Ketibaan beliau di Lapangan Terbang Antarabangsa Muscat disambut oleh Menteri Pembangunan Sosial Oman Dr Sharifa Bint Khalfan Al Yahya'eyah.

Turut menyambut beliau ialah Kuasa Usaha di Kedutaan Malaysia di Muscat, Mohamad Norhisyam Mohamad Yusof, dan beberapa orang pegawai kedutaan.

Diiringi oleh beberapa orang anggota Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti), Rosmah terbang dari Kuching di mana beliau menyertai Najib dalam lawatan ke Sarawak. Rosmah melawat Oman sebagai tetamu kerajaan negara ini, status yang akhir sekali diberikan kepada kenamaan Malaysia dua dekad lalu bila Yang di-Pertuan Agong, ketika itu Sultan Azlan Shah, melawat Oman pada 1991.

Rosmah disambut mesra oleh anggota masyarakat Malaysia di Oman bila beliau tiba di hotel di mana beliau akan menginap sepanjang lawatannya ke negara Teluk ini yang terletak di bahagian tenggara Semenanjung Arab.

Rosmah dihadiahkan sejambak bunga oleh adik Farah Syafiqah Zul Shameer, 9, dan berjabat tangan dengan rakyat Malaysia yang sedia menunggu.

Malam ini, Rosmah dijadual menghadiri majlis jamuan bagi meraikan beliau oleh Dr Sharifa. Oman empat jam di belakang Malaysia.- BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Kolumnis

iklan

Iklan