Pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 Berkuat Kuasa 1 Februari

Diterbitkan: Isnin, 17 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

CYBERJAYA: Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang telah diluluskan pindaannya pada penghujung tahun lalu akan mula dikuatkuasakan mulai 1 Februari ini, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha.

Namun beliau berkata, tidak semua pindaan itu akan dikuatkuasakan serentak, ini termasuk soal pendaftaran kenderaan elektrik yang masih memerlukan beberapa penelitian teknikal seterusnya.

"Kita masih memproses tentang kelulusan untuk jenis kenderaan dan bagi menentukan beberapa butiran teknikal seperti bagaimana hendak menukar tenaga elektrik kepada jumlah CC dan jumlah cukainya yang pengguna perlu bayar," katanya kepada pemberita semasa melawat Pusat Data Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di sini, Isnin.

Diminta mengulas lanjut mengenai akta tersebut, Ketua Pengarah JPJ Datuk Solah Mat Hassan berkata akta tersebut yang mengandungi 50 pindaan dan bidang baru dijangka dikuatkuasakan sepenuhnya hujung Mac nanti.

Ia bertujuan bagi melindungi kepentingan orang ramai, katanya.

"Misalnya sebelum ini jika sesuatu kemalangan berlaku di tempat letak kereta, seseorang itu tidak boleh menuntut gantirugi insurans kerana tempat letak kereta tidak diiktiraf sebagai jalan, tetapi dengan adanya pindaan ini, mereka kini boleh berbuat demikian," katanya.

Solah juga berkata menerusi pindan itu, pesalah trafik yang dikenakan saman tidak akan dikenakan sebarang mata merit keselamatan jala raya (Kejara) jika saman mereka dibayar dalam tempoh dua bulan.

Namun apabila mata kesalahan Kejara adalah mencukupi untuk dikenakan tindakan menggantung lesen, maka lesen akan tetap digantung tanpa sebarang rayuan dibenarkan, jelasnya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan