PAS Umum Normala Sudirman Calon PRK DUN Tenang

Diterbitkan: Isnin, 17 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LABIS: Ketua Wanita PAS, Normala Sudirman dipilih sebagai calon Pakatan Rakyat untuk pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang di Johor pada 30 Januari ini.

Bekas guru berusia 38 tahun yang juga ibu kepada tiga orang anak itu diumumkan sebagai calon di ibu pejabat PAS, Jalan Segamat di sini.

Turut hadir pada majlis itu adalah beberapa pemimpin Pakatan termasuk Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Normala juga adalah ahli exco sayap wanita PAS.

Spekulasi berhubung pencalonannya tersebar luas beberapa minggu lalu ekoran peletakan jawatannya secara mengejut bulan lalu dan beliau turut menyampaikan ceramah dalam aktiviti PAS di Tenang.

Penamaan calon PRK di Tenang ditetapkan pada Sabtu manakala pengundian dilakukan pada 30 Januari ini.

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan