Karpal Boleh Disaman Sehingga September Ini - Peguam

Diterbitkan: Isnin, 17 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ummi Hafilda Ali masih mempunyai hak untuk memfailkan saman terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Karpal Singh serta PAS sehingga September depan.

Peguam yang mewakili Ummi Hafilda, Mohd Khairul Azam Abd. Aziz berkata, tempoh limit enam tahun untuk memfailkan saman berhubung kes liwat pertama Anwar dikira pada September 2004.

"Memang benar mengenai jangka masa tempoh enam tahun itu, tapi kita jangan keliru kerana tempoh enam tahun itu sebenarnya dikira dari rayuan terakhir kes berkenaan di Mahkamah Persekutuan.

"Rayuan terakhir kes Datuk Seri Anwar ialah pada September 2004, jadi tempoh enam tahun yang dimaksudkan itu sebenarnya akan berakhir pada September 2011," katanya kepada mStar Online di sini, Isnin.

Justeru, Karpal diingatkan supaya tidak mencari helah atau cuba mengalihkan pandangan umum apabila membangkitkan soal teknikal menerusi saman yang bakal difailkan terhadapnya oleh Ummi Hafilda.

Mohd Khairul Azam berkata, Karpal sepatutnya lebih bersedia dari segi fakta berbanding 'bermain' isu teknikal yang dianggap remeh.

"Isu yang beliau bangkitkan hanya sesuatu yang teknikal, sekarang ini kita bukan nak berlawan dari segi teknikal tapi berlawan fakta.

"Saya nasihatkan beliau supaya fikir helah dari sudut lain," katanya.

Beliu mengulas kenyataan Karpal semalam bahawa berdasarkan peruntukan undang-undang, seseorang yang ingin menyaman mana-mana pihak atas sebarang sebab diberi tempoh tidak lebih dari enam tahun untuk berbuat demikian.

Justeru kata Karpal, mahkamah boleh menolak saman berkenaan tanpa mendengarnya kerana kes yang dirujuk itu telah berlaku lebih 13 tahun yang lalu.

Sebelum ini Ummi Hafilda mengumumkan hasrat mahu memfailkan saman berjumlah RM700 juta terhadap Anwar, Wan Azizah, Karpal serta PAS.

Menurut Ummi Hafilda, saman terhadap Anwar berjumlah RM300 juta dibuat atas dakwaan salah guna kuasa selaku Timbalan Perdana Menteri pada 1997 yang mengarahkan dia ditangkap dan didera bagi mendapatkan pengakuan palsu.

Saman ke atas Karpal pula berjumlah RM200 juta kerana melanggar kepercayaannya selaku anak guam selepas beliau dan bekas pemandu Anwar, Azizan Abu Bakar bertemu Karpal pada tahun yang sama untuk mendedahkan perilaku buruk Anwar.

Wan Azizah dan PAS masing-masing disaman berjumlah RM100 juta.

Dalam pada itu, tegas Mohd Khairul Azam lagi, tindakan Karpal yang suka menangguhkan kes serta melewat-lewatkan prosiding kes telah memberikan kelebihan kepada anak guamnya itu.

"Terima kasih kepada Karpal kerana lewat-lewatkan kes Datuk Seri Anwar yang sepatutnya selesai 13 tahun lalu," katanya.

Sementara itu, Ummi Hafilda ketika dihubungi berkata, Karpal tidak perlu memutar belitkan fakta.

"Sebelum saya putuskan nak mulakan saman, barisan peguam saya sudah kaji dari sudut perundangan.

"Sebagai seorang peguam terkenal, adalah sesuatu yang sungguh memalukan apabila beliau cuba bermain helah apabila membangkitkan isu begini," katanya.

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Kolumnis

iklan

Iklan