Kadar Caruman Pekerja Dinaikkan Semula Kepada 11 Peratus

Diterbitkan: Isnin, 17 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kadar caruman berkanun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bahagian pekerja inaikkan semula kepada 11 peratus daripada lapan peratus berkuatkuasa gaji Januari 2011.

"Majikan perlu memastikan amaun caruman yang betul dipotong daripada gaji pekerja berdasarkan kadar caruman baru ini dan dibayar kepada KWSP bermula daripada caruman bulan Februari 2011," kata Pengurus Besar Perhubungan Awam KWSP Nik Affendi Jaafar dalam kenyataan, Isnin.

Kadar caruman berkanun bahagian pekerja sebelum ini diturunkan daripada 11 peratus kepada lapan peratus untuk tempoh dua tahun bermula gaji bulan Januari 2009 hingga Disember 2010.

Nik Affendi berkata ahli yang sebelum ini mengemukakan Borang KWSP 17A (AHL) Khas/KWSP 17AA Khas untuk mengekalkan kadar caruman pada 11 peratus sepanjang tempoh dua tahun itu tidak perlu mengambil sebarang tindakan.

Caruman KWSP bulanan bahagian majikan kekal pada 12 peratus, katanya.

Majikan yang memerlukan maklumat lanjut boleh mengunjungi cawangan KWSP terdekat, menghubungi Pusat Panggilan KWSP di 03-89226000 atau mengemukakan pertanyaan melalui laman web MyEPF di http://enquiry.kwsp.gov.my. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan