Ingatan PM Letak Calon Boleh Menang Boleh Elak Lobi

Diterbitkan: Isnin, 17 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee berkata, ingatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahukan komponen Barisan Nasional (BN) memilih calon yang boleh menang dalam pilihan raya umum akan datang, perlu diberi perhatian dan dijadikan panduan seluruh pemimpin.

Menyambut baik saranan itu, Syed Ali berkata, ini bagi memastikan tidak ada unsur melobi untuk menjadi calon kerana apa yang penting adalah calon itu bersih dan terhindar daripada sebarang kontroversi.

"Seseorang calon BN itu pada hemat saya hendaklah yang disenangi oleh masyarakat walaupun tidak popular," katanya dalam blog www.umnobahagiancheras.blogspot.com di sini, Isnin.

Syed Ali berkata, keputusan pada pilihan raya umum ke-12 sedikit sebanyak ada kaitan dengan soal pemilihan calon tidak tepat dan menimbulkan rasa tidak puas hati daripada pengundi.

"Hakikat itu hendaklah diakui apabila BN kehilangan beberapa kerusi walaupun pada asalnya menjadi milik mereka, sepertimana berlaku di Wilayah Persekutuan," katanya.

Semalam, Najib mahu komponen BN melakukan penilaian di samping mempunyai opsyen dalam memilih calon pilihan raya akan datang dengan mengetengahkan mereka yang boleh menang sahaja.

Mengenai perkembangan lain, Syed Ali sekali lagi mengulangi desakannya supaya Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengaku bahawa beliau tidak pernah mengamalkan budaya kronisme dan penyalahgunaan kuasa semasa menjawat Menteri Kewangan ketika berada di dalam Umno.

Syed Ali berkata, rakyat kini masih tertanya-tanya sejauh mana kejujuran dan keikhlasan Anwar untuk membantu rakyat semasa beliau berada di dalam kabinet. "Kalau beliau mengaku dengan ikhlas tidak pernah membudayakan amalan kronisme dan penyalahgunaan kuasa semasa memegang jawatan Menteri Kewangan, bolehlah dia berdebat dengan mana-mana pemimpin Umno termasuk Perdana Menteri dalam isu ekonomi," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan