Zamry Gesa Kementerian Teliti Semula Kaedah Kenal Pasti Miskin Tegar

Diterbitkan: Ahad, 16 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SITIAWAN: Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir mahu Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat meneliti semula kaedah sedia ada dalam mengenal pasti golongan miskin tegar melalui data e-Kasih kerana terdapat kelemahan dan kurang tepat.

Beliau memberikan contoh di Perak iaitu kementerian berkenan mengeluarkan laporan mengatakan sehingga November tahun lepas, tidak lagi wujud keluarga miskin tegar di negeri ini.

"Bagaimanapun, hasil pemerhatian kerajaan negeri termasuk melalui rekod-rekod kita yang sedia ada, sebenarnya masalah itu (miskin tegar) sebenarnya masih lagi wujud," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan kunci Program Bantuan Rumah di Batu 9, Lekir di sini, Ahad.

Katanya beliau tidak pasti bagaimana kementerian berkenaan mengatakan isu kemiskinan di Perak sudah tidak wujud lagi.

Beliau berkata kerajaan negeri juga turut mengesan sejumlah penerima di bawah program e-Kasih di negeri ini sebenarnya tidak layak menerima bantuan di bawah program berkenaan.

"Sehubungan itu, kerajaan negeri sedia berbincang dengan kementerian berkenaan bagi memastikan kaedah yang sesuai untuk mengenal pasti mereka yang benar-benar layak untuk disenaraikan sebagai penerima bantuan di bawah program e-Kasih," katanya.

Zambry berkata ini bagi menjamin supaya bantuan disalurkan kepada mereka yang benar-benar layak.

Beliau juga meminta semua agensi dan jabatan kerajaan yang terlibat dalam usaha membasmi kemiskinan di Perak supaya tidak hanya membantu menyediakan rumah semata-mata malah usaha mereka sepatutnya lebih daripada itu.

Minda dan sikap keluarga miskin tegar turut perlu diubah bagi memastikan mereka berasa tidak lagi mahu menjadi miskin dan terus diletakkan dalam kelompok itu lagi di masa depan, katanya.

Pada majlis itu, seramai 17 orang dari kawasan Parlimen Lumut dan 20 orang dari kawasan Parlimen Beruas menerima kunci rumah dan barangan keperluan harian.

Kos pembinaan setiap rumah itu yang bernilai RM33,000 ditanggung sepenuhnya oleh Felcra Berhad Wilayah Perak.- BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan