Perkasa Nafi Keluar Surat Ugutan Kepada Pengundi Cina Di Dun Tenang

Diterbitkan: Ahad, 16 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) pada Ahad menafikan dakwaan bahawa pihaknya mengeluar dan mencetak risalah menggunakan kepala surat Perkasa Johor bagi mengugut pengundi Cina di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, Johor.

Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali yang mengutuk tindakan tersebut berkata ia dilakukan oleh puak-puak yang berniat jahat terhadap Perkasa dan 'desperado'.

"Orang waras pasti tidak percaya dan tidak masuk akal bahawa Perkasa Johor boleh melakukan perbuatan bodoh seperti ini. Individu atau puak yang melakukan perbuatan ini sengaja mahu memburukkan nama Perkasa atau usaha penyokong pembangkang untuk menarik undi kaum Cina dengan menguna nama Perkasa sebagai alasan. Ianya perbuatan tidak bermoral dan bersifat dajal.

"Perkasa yakin pengundi kaum Cina di DUN Tenang tidak akan percaya dakyah seperti ini. Perkara seumpama ini (juga) pernah berlaku di pilihan raya kecil Hulu Selangor sebelum ini," katanya dalam satu kenyataan media menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) di sini, Ahad.

Beliau berkata demikian mengulas dakwaan terdapatnya risalah yang menggunakan nama Perkasa Johor yang antara lain mengugut pengundi Cina di DU NTenang supaya tidak menaikkan harga barangan menjelang pilihan raya kecil di kawasan itu.

Sehubungan itu, Syed Hassan berkata Perkasa akan buat laporan polis bagi membolehkan siasatan dilakukan mengenai pemalsuan risalah yang menggunakan kepala surat Perkasa Johor.- BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan