Penjual Ambil Langkah Berhati-hati Tidak Terlebih Bekalan

Diterbitkan: Ahad, 16 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penjual bunga dan buah-buahan mengambil langkah berhati-hati pada tahun ini walaupun mendapat permintaan tinggi untuk bunga dan limau mandarin menjelang sambutan Tahun Baru Cina.

Bagi syarikat Fleurs, yang menjual bunga, pokok dan limau mandarin di pusat membeli-belah Sunway Pyramid di sini, telah membuat keputusan untuk mengurangkan bekalan pada tahun ini.

Pemiliknya Eric Wong Min Tet berkata walaupun secara tradisinya permintaan untuk bunga dan pokok akan meningkat pada musim perayaan tetapi beliau tidak mahu mengambil kira percaturan itu dengan mengimport lebih bekalan.

"Permintaan masih sama seperti tahun lepas terutama bagi Curly Bamboo yang kami import dari Indonesia, tetapi tahun lepas kami terlebih bekal dan kami tidak mahu mengulangi kesilapan yang sama tahun ini," katanya kepada Bernama, Ahad.

Katanya kebanyakan bunga dan pokok diimport dari China dan Taiwan manakala limau mandarin diperolehi dari pasaran tempatan.

"Untuk tahun ini, kami memotong separuh dari jumlah bekalan, contohnya jika kami mengimport dua kontena (bunga, pokok dan limau mandarin) tahun lepas, tahun ini kami hanya menempah satu kontena," katanya.

Eksekutif Pemasaran dan Perhubungan Awam Sunway Pyramid Nicole Yap berkata permintaan bunga paling tinggi pada sambutan Tahun Baru Cina adalah Pussy Willow dan Curly Bamboo.

"Setiap tahun bunga ini (Pussy Willow) adalah satu kemestian untuk dibeli kerana ia menandakan ketibaan perayaan Tahun Baru Cina di mana mereka akan meletakkannya di hadapan rumah.

"Permintaan untuk Curly Bamboo juga tinggi kerana orang Cina percaya ia memberi tuah yang baik pada tahun baru ini," katanya.

Yap berkata pihak pengurusan pusat membeli-belah itu tidak menerima aduan dari pelanggan berhubung bekalan bunga, pokok dan limau mandarin.

"Tahun lepas tiada rungutan kami terima. Sehingga sekarang pun kami tidak menerima aduan dari pembeli kerana sukar untuk memperolehi bekalan tersebut dan kami berharap pada tahun ini juga ia akan kekal sama," katanya.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan