Pelan Strategik Pelancongan Asean Perlu Kajian Teliti:Ng

Diterbitkan: Ahad, 16 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pelan Strategik Pelancongan Asean bagi 2011-2015 perlu dikaji dengan teliti terutamanya berkaitan dengan pergerakan pekerja sebelum dilaksanakan negara-negara anggota, kata Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen.

Beliau berkata cadangan migrasi bebas tenaga kerja dan pakar-pakar sektor pelancongan yang terdapat dalam pelan tersebut melibatkan pelbagai aspek seperti soal imigresen dan keselamatan.

Katanya jika cadangan itu akan dikuatkuasakan, perbincangan dengan beberapa kementerian lain yang terlibat dalam soal tersebut perlu dilakukan bagi mencari kaedah pelaksanaan yang terbaik.

"Kita perlu ada maklum balas, pandangan dan kelulusan daripada Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Dalam Negeri. Ini berkaitan berapa lama mereka tinggal di sesebuah negara anggota, siapa yang boleh (terlibat dalam migrasi bebas) dan sebagainya. Ini berkaitan pekerja asing," katanya.

Ng berkata demikian kepada pemberita bagi mengulas cadangan membenarkan migrasi bebas pekerja dalam sektor pelancongan di kalangan negara anggota Asean yang dibincangkan pada Forum Pelancongan Asean ke-30 di Phnom Penh yang bermula semalam hingga 21 Januari ini, selepas melancarkan pertandingan kaligrafi mewarna anjuran Wanita MCA Selangor di Serdang, dekat sini, Ahad.

Beliau berkata cadangan itu mungkin sukar dilaksanakan di Malaysia memandangkan setiap negara anggota mempunyai dasar-dasar yang tersendiri mengenai pekerja asing.

"Memang dasar kita (Asean) mahu sama-sama mempromosi Asean sebagai destinasi pelancongan, berkongsi kemahiran dalam pembangunan produk pelancongan dan sama-sama melatih sumber manusia dalam industri ini. Tapi soal pergerakan pekerja ini perlu dikaji dengan mendalam," jelasnya.

Asean dianggotai oleh Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam.

Sementara itu, Ng yang juga Naib Presiden MCA berkata tindakan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) melarang umat Islam bekerja di premis menjual arak adalah tidak wajar kerana menyentuh isu hak asasi manusia.- BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan