PAS Umum Calon PRK Tenang Hari Ini

Diterbitkan: Ahad, 16 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: PAS akan mengumumkan calonnya bagi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang di Johor malam ini, kata Naib Presidennya Salahuddin Ayub.

Beliau berkata, pengumuman tersebut akan dibuat oleh presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang di pekan Labis yang akan disertai oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP Lim Kit Siang.

"Setakat ini, terdapat dua calon yang dikemukakan kepada kita untuk diputuskan selewat-lewatnya petang ini dan calon tersebut akan diumumkan malam nanti pada pukul 8 malam di pekan Labis, Johor," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Ahad.

Salahuddin yang juga Anggota Parlimen Kubang Kerian tidak menolak kesukaran menentukan siapa calon parti itu yang benar-benar layak dipilih mewakili PAS pada pilihan raya kecil itu dan mengakui salah seorang calon tersebut ialah wanita.

"Bagaimanapun, pimpinan akan putuskan soal calon itu petang ini," katanya sambil menambah kedua-dua calon itu adalah anak tempatan Tenang.

Penamaan calon bagi pilihan raya kecil DUN itu ditetapkan pada 22 Januari ini dan hari pengundian pada 30 Januari.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Sulaiman Taha, 59, dari Barisan Nasional pada 17 Disember tahun lepas akibat jangkitan kuman dalam darah dan kencing manis di Hospital Pakar Ampang Puteri, di sini. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan