MIC Yakin Interlok Tidak Pengaruhi Undi Masyarakat India

Diterbitkan: Ahad, 16 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LABIS: MIC yakin isu novel Interlok tidak akan mempengaruhi undi kaum India yang menggugat peluang Barisan Nasional untuk memenangi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, kata naib presiden parti itu Datuk S. Subramaniam.

"Orang-orang di sini tahu bahawa kerajaan memahami sepenuhnya sensitiviti masyarakat India terhadap kontroversi Interlok dan telah bergerak cepat untuk menyelesaikannya," kata beliau.

Menteri Sumber Manusia itu bercakap kepada pemberita selepas menghadiri perayaan Ponggal di Ladang Voules di sini Sabtu.

Jentera pilihan raya parti itu yang diketuai oleh MIC Johor, katanya, sudah mulai bergerak untuk meraih sokongan untuk calon BN yang akan diumumkan pada Rabu depan.

Sementara itu, Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Maglin Dennis D'cruz yang turut hadir pada majlis tersebut menasihatkan semua pihak agar tidak menggunakan isu-isu sensitif atau melakukan serangan peribadi pada pilihan raya kecil tersebut.

Pengundian ialah pada 30 Jan.

Pilihan raya kecil itu berikutan kematian Datuk Sulaiman Taha, 59, dari Barisan Nasional.

Tenang mempunyai 1,780 pengundi keturunan India dari sejumlah 14,753 pengundi. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan