Korban Pertama Mangsa Kapal M.V Soon Bee II Ditemui, Tujuh Masih Hilang

Diterbitkan: Ahad, 16 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Mangsa pertama korban tragedi kapal kargo M.V Soon Bee II yang karam di perairan Kuala Rajang Selasa lalu dijumpai di Pantai Tanjung Kembang dekat Kabong jam 9 pagi ini, kata Ketua Penguatkuasa Maritim Wilayah Sarawak Laksamana Pertama Ismaili Bujang Pit di sini.

Mengesahkan perkara tersebut, beliau berkata pihaknya bagaimanapun belum dapat mengenal pasti identiti sebenar mayat terbabit namun yakin ia merupakan salah seorang daripada lapan krew kapal yang masih hilang.

"Mangsa korban pertama yang ditemui pagi ini telahpun dihantar ke hospital Saratok untuk bedah siasat dan setakat ini kita belum lagi mengenal pasti identiti sebenar mangsa," katanya.

Lapan mangsa yang dilaporkan hilang dalam kejadian tersebut ialah Bong Youn Choi, Jong Qing You, Bong Kui Son, serta Paturaa anak Sipor iaitu warga tempatan, manakala empat lagi rakyat India iaitu Tripati Yogesh Kumar, Arun Mathunny Raj, Vijit Hazarika, dan Akhand Pratap Singh.

Dalam kejadian tersebut 10 krew termasuk juragan kapal terbabit selamat setelah hanyut sejauh 21 batu nautika dari Boya No:1 Kuala Rajang selepas kapal yang mereka naiki karam malam Selasa lepas iaitu ketika dalam perjalanan dari Kuching ke Sibu.

Mereka yang selamat dalam kejadian tersebut ialah lima rakyat Malaysia iaitu Iman Fahrudi (juragan), Sadri Ismail (ketua pegawai), Wong Kie Ket, Robert Aling anak Kiniding, dan Jong Poh Siong manakala lima lagi rakyat India iaitu Athoaba Baremron Kabul, Vivek Kumar Sharma, Narotam Banshiyar, Maniah Kumar Singh, dan Ravinderdeep Singh.

Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) menerima laporan kecemasan daripada kapal kargo terbabit yang berdepan masalah kebocoran pada Selasa malam, namun cuaca buruk dan ombak besar sehingga mencapai ketinggian 3.5 meter, menyebabkan usaha mencari dan menyelamat sukar.

Ismaili berkata setakat lewat petang ini gerakan mencari dan menyelamat (SAR) masih giat dilakukan oleh pasukan APMM dengan bantuan Pasukan Gerakan Marin, Jabatan Bomba dan Penyelamat, RELA dan penduduk kampung sekitar Kabong.

"Operasi SAR masih kita buat setakat ini dan belum lagi dihenti," katanya.- BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan