Kerajaan Tidak Akan Hapus Sistem Sekolah Jenis Kebangsaan

Diterbitkan: Ahad, 16 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Kerajaan tidak akan menghapuskan sistem sekolah jenis kebangsaan (SJK) di negara ini untuk menjamin pembangunan modal insan yang kreatif dan inovatif serta mampu menguasai lebih banyak bahasa selain Bahasa Kebangsaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Malaysia merupakan satu-satunya negara di rantau Asia Tenggara yang masih mempertahankan sistem SJK dengan pendekatan yang cukup adil membabitkan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT).

"Di Malaysia sekolah jenis kebangsaan masih lagi diiktiraf dan terus dibantu oleh pihak kerajaan dan jika kita lihat negara jiran tetangga kita yang lain tidak lagi ada sekolah jenis kebangsaan walaupun ia pernah wujud suatu ketika dahulu di sebuah negara di selatan kita," katanya ketika berucap pada majlis perasmian bangunan baru SJK Chung Hua Sungai Tapang Hilir yang bernilai RM9.3 juta di sini, Ahad.

Beliau turut berkata dalam memastikan polisi yang adil terhadap SJK, kerajaan telah memperuntukkan RM145 juta dalam pakej ransangan ekonomi negara untuk pembangunan sekolah-sekolah SJKC di seluruh negara baru-baru ini.

Najib berkata pendidikan dalam sistem SJK juga kini semakin diterima bukan sahaja di kalangan masyarakat kaum Cina ataupun kaum India sahaja malah juga kaum bumiputera apabila terbukti ia dapat memberi lebih banyak kelebihan khasnya dari segi penguasaan bahasa.

Menurutnya sejak Akta Pendidikan 1997 digubal, kini seramai 55,975 pelajar daripada 612,000 keseluruhan pelajar di SJKC merupakan pelajar bumiputera.

"Uniknya SJKC ialah pelajar berpeluang untuk menguasai tiga bahasa utama iaitu Bahasa Kebangsaan, Bahasa Inggeris dan Bahasa Mandarin," katanya.

Sementara itu beliau berkata dalam mencapai tahap sebuah negara maju, negara turut menuntut kepada kemahiran rakyat dalam menguasai lebih banyak bahasa khasnya bahasa Mandarin dan kini menjadi salah satu bahasa penting selepas kebangkitan China dalam kuasa ekonomi dunia.

Katanya selain bahasa Mandarin, kelebihan SJKC ialah dalam mata pelajaran matematik yang mampu memberi nilai tambah kepada seseorang pelajar.

"Untuk membawa Malaysia ke sebuah negara yang maju, kita bukan sahaja perlu menekankan pendidikan kepada anak-anak, malah kita juga perlu membuka minda anak-anak agar menjadi lebih kreatif dan inovatif," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan