Interlok: Dialog Kementerian Pelajaran Dengan MIC Minggu Depan

Diterbitkan: Ahad, 16 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kementerian Pelajaran akan mengadakan pertemuan dengan beberapa pihak mewakili MIC minggu depan bagi membincangkan beberapa isu berbangkit dalam novel sastera Melayu Interlok, kata Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Abd Ghafar Mahmud.

Beliau berharap perbincangan bersama wakil-wakil MIC antaranya Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu, presiden Hindu Sangam R.S. Mohan Shan, bekas ketua Jabatan Pengajian India Universiti Malaya (UM) Dr S.Singaravelu, ketua Jabatan Pengajian India UM Prof Madya Dr S. Kumaran, pengerusi biro pendidikan MIC Datuk Dr T. Marimuthu dan bekas pegawai Kementerian Pelajaran G. Krishnabagwan akan dapat menyelesaikan isu itu

"Kita berharap isu itu akan dapat diselesaikan dengan baik dan mencapai consencus yang baik. Sebarang cadangan pada dialog itu akan diambil kira selepas perbincangan antara kedua-dua pihak.

"Keputusan mengenai perbincangan akan dimaklumkan kepada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran sebelum dimaklumkan kepada masyarakat," katanya ketika ditemui di sini , Sabtu.

Beliau berkata dialog itu akan dipengerusikan Timbalan Menteri Pelajaran Dr Puad Zarkashi manakala wakil lain daripada kementerian masih belum dimuktamadkan.

MIC sebelum ini menyatakan bahawa perubahan perlu dilakukan terhadap novel itu sebelum ia diguna sebagai buku teks sastera untuk pelajar Tingkatan Lima tahun ini kerana sistem kasta yang disebut dalam novel itu didakwa sensitif kepada orang India dan tidak akan mencapai objektif penggunaannya.

Interlok yang ditulis oleh Abdullah Hussain berdasarkan integrasi masyarakat Melayu, China dan India sejak awal tahun 1900 sehingga merdeka.

Abd Ghafar berharap isu itu tidak lagi diperbesarkan oleh mana-mana pihak kerana hasrat penulis novel itu hanyalah untuk menggambarkan perpaduan antara semua kaum akan tercapai di negara ini.-BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan