BN Mahu Ambil Alih Kelantan Untuk Bawa Perubahan - Mustapa

Diterbitkan: Ahad, 16 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata hasrat Barisan Nasional (BN) untuk merampas pentadbiran negeri itu daripada PAS bukan semata-mata kerana kuasa tetapi untuk membawa perubahan daripada segi pembangunan di negeri itu.

Beliau berkata banyak perkara yang hendak dilakukan BN untuk faedah rakyat, yang gagal dilakukan oleh PAS sepanjang mentadbir negeri itu selama 20 tahun.

Antaranya menyelesaikan masalah banjir kilat, sistem perparitan, kebajikan rakyat, peluang pekerjaan, infrastruktur untuk pembangunan ekonomi dan kemudahan lain, katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis perhimpunan bulanan Jabatan Pelajaran Kelantan, di sini Ahad.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu berkata, hasrat BN untuk menawan semula Kelantan tidak harus dilihat sebagai suatu perebutan kuasa untuk memerintah tetapi suatu tindakan untuk memenuhi kehendak rakyat yang mahukan perubahan setelah sekian lama berada di bawah pentadbiran pembangkang.

"Kita mahu mengambil alih teraju pemerintahan negeri ini memandangkan rakyat mahukan perubahan melalui petunjuk-petunjuk yang dilahirkan menerusi sokongan mereka dalam pilihan raya kecil dan program-program anjuran BN dan Umno di negeri ini," katanya.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mempersoalkan kenapa BN perlu mengambil alih Kelantan sedangkan PAS adalah parti yang layak memerintah negeri ini kerana melaksanakan pemerintahan Islam.

Sebelum ini, Mustapa berkata BN dijangka akan dapat merampas 25 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan dalam pilihan raya umum ke-13 akan datang memandangkan mood yang ditunjukkan oleh rakyat negeri itu lebih kepada B Nberikutan kemenangan parti itu dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas 4 Nov tahun lepas.

Mustapa juga berkata hakikatnya BN telah lama membawa pembangunan kepada negara mengikut ajaran Islam.

"Nik Aziz memang terkenal dengan sifatnya yang mengaku semua tahu tentang Islam dan tidak menghormati pemimpin parti politik lain, yang kurang hebat daripadanya dari segi agama," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan