Sistem Operasi Bas Akan Diperhalusi Jawatankuasa Siasatan Bebas - Radin Umar

Diterbitkan: Sabtu, 15 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SERDANG: Sistem operasi bas di negara ini akan diperhalusi oleh Badan Siasatan Bebas yang ditubuhkan oleh Kabinet bagi menyiasat kemalangan ngeri yang berlaku di Cameron Highlands- Simpang Pulai pada 20 Disember tahun lalu.

Pengerusinya, Prof Ir Datuk Radin Umar Radin Sohadi berkata badan bebas itu akan menggunakan tempoh empat bulan yang diberikan untuk mengenal pasti kelemahan pada sistem sedia ada mencadangkan langkah penambahbaikan kepada kerajaan.

"Kita juga akan kaji daripada segi pelesenan, perkhidmatan dan penyelenggaraan oleh semua pihak termasuk pihak berkuasa untuk memastikan siasatan benar-benar menyeluruh," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat badan bebas di Bangunan Pentadbiran Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini pada Jumaat.

Beliau yang juga Naib Canselor UPM berkata tempoh dua bulan pertama akan diperuntukkan untuk siasatan teknikal dan bakinya digunakan untuk mengkaji sistem operasi bas secara menyeluruh.

"Kita tidak nafikan mungkin terdapat beberapa halangan daripada pengusaha bas jika badan siasatan ingin mendapatkan maklumat.

"Kita juga bersedia menggunakan semua kemudahan undang-undang sedia ada untuk melengkapkan siasatan ini,” katanya.

Jelasnya, siasatan yang dijalankan akan turut meneliti aspek teknikal yang menjadi punca kemalangan dan sekiranya ia perlu diubat mereka akan mencadangkan kepada kerajaan mengenai perubahan tersebut bagi mengelakkan kejadian yang sama berulang.

Mengulas lanjut, Dr Radin Umar berkata laporan awal oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) mengenai kemalangan telah pun diserahkan kepada Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha beberapa hari lalu. Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan sebarang kandungan di dalam laporan berkenaan dan terserah kepada Kabinet sama ada butiran laporan itu boleh didedahkan kepada umum atau sebaliknya.

Kesemua anggota Badan Siasatan Bebas itu menerima surat pelantikan daripada Kementerian Pengangkutan semalam dan mengadakan mesyuarat pertama hari ini untuk merancang pendekatan yang perlu dilakukan untuk memulakan siasatan.

Semalam, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Chong Ha mengumumkan penubuhan sebuah jawatankuasa siasatan bebas yang diketuai oleh Dr Radin Umar bagi menyiasat kemalangan ngeri tersebut.

Ahli Jawatankuasa Siasatan Bebas itu terdiri daripada, Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros), Presiden Institut Kejuruteraan Malaysia Prof Datuk Ir Chuah Hean Teik, Pengarah Institut Pengangkutan Malaysia (Mitrans) Prof Madya Sabariah Mohamad.

Tiga lagi anggota ialah, Wakil Persatuan Kejuruteraan Jalan Raya Malaysia Datuk Ir Han Joke Kwang, Presiden Gabungan Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (Fomca) Datuk Marimuthu Nadason dan pakar perunding jurutera mekanikal bertauliah, Datuk Ir Foong CC.

Pada kejadian 20 Disember tahun lalu, 28 orang terbunuh selepas bas persiaran dua tingkat milik San Express Holiday yang berpangkalan di Jitra, Kedah membawa 37 pelancong Thailand terbabas dan terbalik ketika dalam perjalanan menuruni pusat peranginan Cameron Highlands.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan