Presiden Cuepacs Dan Bekas Adun Bahau Dianugerah Datuk

Diterbitkan: Sabtu, 15 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA PILAH: Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Omar Osman dan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Bahau dari DAP Lim Fui Ming adalah antara mereka yang menerima gelaran datuk daripada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir, Sabtu.

Omar dan Lim dikurniakan Darjah Setia Bakti Negeri Sembilan (DBNS) yang membawa gelaran tersebut.

Anugerah itu disampaikan di Istana Seri Menanti sejak semalam bersempena sambutan ulangtahun ke-63 keputeraan baginda.

Hari ini, seramai 15 orang mendapat gelaran Datuk melalui kurniaan Darjah Dato Paduka Negeri Sembilan (DPNS) diikuti dengan DBNS.

Mereka yang dikurniakan DPNS ialah Ketua Unit Cawangan Khas Ibu pejabat Polis Bukit Aman Datuk Akhil Bulat, Ketua Pengarah Unit Kerjasama Awam Swasta Jabatan Perdana Menteri Datuk Sri Dr Ali Hamsa, Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia Prof Datuk Dr Muhamad Muda, dan pegawai kanan dari Syarikat Eternal Yield Sdn Bhd Ooi Chong Beng.

Darjah DBNS pula dikurniakan kepada Timbalan Ketua Setiausaha 1 Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Aziyah Mohamed, Pengarah Urusan Sinararia Sdn Bhd Azmi Abas, Pengerusi Persatuan Kontraktor Negeri Sembilan Baharuddin Sariman, dan bekas Adun Bahau Lim Fui Ming yang menyertai Barisan Nasional pada 2007.

Pengarah Tackor Design Sdn Bhd Mathew Ling Lee Wee, Ketua Penerangan MUBARAK Dr Nordin Ahmad Selat, Presiden CUEPACS Omar Osman, Ketua Pegawai Eksekutif Nasim Sdn Bhd Samson Anand George, Panglima Markas 5 Briged Brig Jeneral Shahbani Ali, aktivis masyarakat M. Veloo, dan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan Datin Dr Zailan Adnan.

Tuanku juga mengurniakan Darjah Setia Negeri Sembilan kepada 24 orang, Darjah Tuanku Muhriz kepada 5 orang, Darjah Pekerti Terpilih (23 orang), Pingat Ahli Setia Negeri Sembilan (54), Pingat Keberanian Cemerlang (Seorang), Pingat Khidmat Cemerlang (77), Pingat Jasa Kebaktian (114), Pingat Khidmat Lama (tujuh), Bentara Tuanku Muhriz (11).

Sejumlah 336 orang menerima bintang kebesaran dan pingat.-BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan