PDRM Sedia Hadapi Dua Pilihan Raya Tahun Ini - KPN

Diterbitkan: Sabtu, 15 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuat persiapan rapi bagi menghadapi pilihan raya pada tahun ini, termasuk pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang dan pilihan raya negeri Sarawak yang dijangka diadakan dalam bulan Mac atau April depan.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata beliau berpuas hati dengan persiapan yang dilakukan, termasuk menyediakan pegawai dan anggota secukupnya bagi mengawal situasi terutama di DUN Tenang mulai 22 Jan ini.

"Di peringkat Bukit Aman juga, kami sudah ada persiapan rapi...Kita bersedia, kita ada tenaga kerja, ada persediaan," katanya pada sidang akhbar selepas menyampaikan Amanat Ketua Polis Negara di Maktab PDRM di sini, Jumaat.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas jumlah anggota yang akan ditempatkan di DUN Tenang.

"Saya telah diberikan taklimat oleh Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff minggu lepas mengenai persiapan polis di Tenang, kita telah siap sedia dalam semua aspek bagi mengawal keadaan di sana, termasuk berhubung lalu lintas dan masalah mengatasi kesesakan orang ramai sepanjang pilihan raya itu nanti," katanya.

Sementara itu, beliau berkata satu lagi institusi latihan polis akan dibuka di Bukit Sentosa, Selangor beberapa bulan lagi bagi memantapkan kekuatan dan keanggotaan pasukan itu.

"Pembukaan institusi latihan ini membolehkan kita menjalankan aktiviti dalam meningkatkan lagi kecekapan dan keperluan modal insan anggota kita dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat dan mengawal keselamatan negara," katanya.

Setakat ini, PDRM mempunyai tujuh pusat latihan termasuk di Kuala Lumpur, Kedah, Johor dan Negeri Sembilan.

Mengulas amanat sempena tahun baru, Ismail berkata perkara yang ditekankan ialah setiap anggota dan pegawai bertemu masyarakat bagi mengetahui masalah jenayah di kawasan mereka.

Katanya, selain itu, PDRM juga ingin memantapkan kerjasama dengan Jabatan Pertahanan Awam dan Rela dalam menghadapi pelbagai situasi membabitkan keselamatan serta ketenteraman negara. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan