Konsep "Plea Bargaining" Dijangka Dilaksanakan Tiga Bulan Lagi - Peguam Negara

Diterbitkan: Sabtu, 15 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Konsep "plea bargaining" atau rundingan bagi pengakuan bersalah dalam kes-kes jenayah dijangka dilaksanakan dalam tempoh tiga bulan akan datang, kata Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, Sabtu.

Beliau berkata bagaimanapun tidak semua kes jenayah akan ditawarkan untuk diselesaikan melalui rundingan bagi pengakuan bersalah. Adalah menjadi sebahagian daripada tanggungjawab Jabatan Peguam Negara untuk meneliti kes-kes yang boleh diselesaikan melalui rundingan bagi pengakuan bersalah, katanya.

"Ini bukan bermakna apabila anda minta pengurangan dalam pertuduhan atau rundingan bagi pengakuan bersalah, kami akan terus bersetuju...tidak," kata Abdul Gani semasa berucap pada majlis perasmian Tahun Undang-undang 2011 yang dianjurkan badan kehakiman di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini.

Beliau berkata sekiranya pihak pendakwa raya berpendapat yang mereka mempunyai kes yang kukuh, pihak pendakwa raya akan meneruskan perbicaraan penuh bagi kes itu dan tidak akan menawarkan rundingan bagi pengakuan bersalah.

Abdul Gani berkata kes tertentu seperti pengedaran dadah yang pihak pendakwa raya berpendapat mungkin sukar untuk disabitkan dan membazirkan masa jika dibicarakan atau akan menghadapi masalah tertentu, pihak pendakwa raya mungkin menimbangkan untuk menyelesaikan kes menerusi rundingan bagi pengakuan bersalah.

"Tidak bermakna dalam semua kes kami tawarkan rundingan bagi pengakuan bersalah. Jika begitu, dalam kes bunuh, orang (yang bersalah) tidak akan dihukum gantung. Ia bukan begitu, saya fikir wujud salah tanggapan dalam perkara ini," katanya kepada pemberita kemudiannya.

Katanya garis panduan untuk konsep itu telah dirumuskan dan kini sesi penerangan mengenai konsep itu sedang diadakan untuk para peguam, Timbalan Pendakwa Raya dan pegawai badan kehakiman sebelum ia dilaksanakan.

"Garis panduan itu termasuk bagaimana kami berkomunikasi antara satu sama lain, bagaimana kami berurusan di mahkamah, pemahaman mengenai mekanisme, apakah kadar peratusan bagi pengurangan dan lain-lain.

"Ini supaya mereka benar-benar jelas (dengan konsep ini) kerana saya tidak mahu timbul persepsi lain kemudiannya, membuat perjanjian di luar (mahkamah) atau lain-lainnya. Itu tidak sepatutnya berlaku. Semuanya perlu telus dan jelas, mahkamah perlu dilibatkan," kata Abdul Gani.

Sistem itu yang diluluskan Parlimen pada Jun tahun lepas, akan membantu dalam mengawal kes tertunggak di mana pihak pendakwa dan tertuduh yang menghadapi pertuduhan, yang termasuk hukuman mati, boleh memohon bagi rundingan bagi pengakuan bersalah di mahkamah sebelum perbicaraan bermula.

Di bawah sistem rundingan bagi pengakuan bersalah, tertuduh yang membuat pengakuan bersalah terhadap pertuduhan yang dihadapinya akan diberikan pengurangan 50 peratus daripada hukuman maksimum.-BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan