GWGF Harap Penubuhan Universiti Felda Tetap Jadi Kenyataan

Diterbitkan: Sabtu, 15 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GUA MUSANG: Gabungan Wawasan Generasi Felda (GWGF) tetap mengharapkan kerajaan Pusat dapat membuat keputusan untuk merealisasikan penubuhan Universiti Felda demi menjana transformasi pendidikan anak-anak Felda di seluruh negara.

Timbalan Pengerusi gabungan itu, Datuk Abdullah Abu Bakar berkata pihaknya amat berharap kerajaan Pusat dapat membuat keputusan itu dalam tempoh terdekat setelah beberapa rundingan dibuat.

"Kita sudah beberapa kali mengadakan perbincangan dengan pihak berkenaan dan reaksinya nampak positif (untuk menubuhkan universiti)," katanya selepas mengadakan Program Taklimat Cadangan Penyusunan Semula GWGF Di Bawah Model Baru Ekonomi, Sosial dan Pendidikan Untuk Generasi Baru Felda Bagi 20 Tahun Akan Datang dan Hari Keluarga Peringkat Negeri Kelantan di Felda Chiku 6 di sini, Sabtu.

Abdullah berkata lokasi pembinaan universiti itu sudah dikenal pasti namun perbincangan dengan pihak berkenaan tidak dapat diumumkan lagi buat masa ini.

Menyentuh mengenai perancangan 20 tahun dalam bidang pelajaran, Abdullah berkata gabungan itu akan menjelajah ke seluruh Felda untuk memberikan motivasi kepada pelajar anak-anak peneroka Felda itu.

Mengenai pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, Abdullah berkata pihaknya juga sudah menempatkan sukarelawannya di DUN itu bagi membantu menerangkan dasar-dasar kerajaan yang telah berjaya membangunkan Felda selama ini.

Penamaan calon bagi PRK kerusi DUN itu ditetapkan pada 22 Jan dan hari pengundian pada 30 Jan ini berikutan kematian penyandangnya, Datuk Sulaiman Taha, 59, 17 Dis lepas.-BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan