Pemuda PBS Buat Laporan Polis Mengenai Lakaran Bergambar Pairin, Musa Di Facebook - Berita Semasa | mStar

Pemuda PBS Buat Laporan Polis Mengenai Lakaran Bergambar Pairin, Musa Di Facebook

Diterbitkan: Jumaat, 14 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Pergerakan Pemuda Parti Bersatu Sabah (PBS), Jumaat membuat laporan polis berhubung pemaparan lakaran bergambar membabitkan tiga pemimpin tinggi negeri ini di facebook atau blog yang didakwa berunsur hasutan dan fitnah.

Timbalan Ketuanya Webley Disim yang membuat laporan di Balai polis Karamunsing, dekat sini mendakwa paparan lakaran bergambar itu jelas merupakan fitnah terhadap Presiden PBS Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman dan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri Datuk Masidi Manjun.

"Ini (catatan perbualan dalam lakaran bergambar itu) adalah satu fitnah yang tidak pernah berlaku," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis itu.

Pemuda PBS memandang serius lakaran bergambar berunsur hasutan dan fitnah itu dan mahu polis segera menyiasat blog atau facebook berkenaan bagi mengetahui pemilik dan seterusnya meminta pemilik itu memohon maaf kepada ketiga-tiga pemimpin berkenaan, katanya.

Beliau berkata parti itu tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya penulis berkenaan tidak berhenti daripada terus memaparkan fitnah sedemikian. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan