Ng Mohon Maaf Secara Terbuka Insiden Di Kedai Nasi Kandar

Diterbitkan: Jumaat, 14 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Akhirnya, Ng Wei Aik, setiausaha politik Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, yang dikecam kerana bertindak kasar dan didakwa mengeluarkan kata-kata berbaur perkauman terhadap seorang pemilik kedai nasi kandar di sini Ahad lepas, hari ini memohon maaf secara terbuka dan mengaku telah keterlanjuran.

"Saya dengan hati yang ikhlas ingin memohon maaf atas ketelanjuran saya pada hari itu dan tidak mahu ia berpanjangan dan sudah sampai satu tahap perkara ini perlu berakhir tanpa sebarang pertikaian," katanya kepada pemberita di sini, Jumaat.

Beliau juga hari ini menemui dan memohon maaf kepada Syed Kassali Mohamad Aliyar, pemilik Restoran Mohamed Aliyar selain kepada pekerja dan seluruh komuniti India Muslim kerana perlakuannya itu.

Semalam dalam satu kenyataan, Ng berkata beliau sedia meletak jawatan sebagai setiausaha politik kepada Ketua menteri Pulau Pinang jika terdapat bukti beliau telah meluahkan kata-kata berbaur perkauman itu.

Ng juga telah memberi keterangan lebih satu jam di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut semalam berhubung dakwaan mengeluarkan kata-kata berbaur perkauman itu.

Isnin lepas, Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) memberi tempoh seminggu kepada Ng yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang kawasan Komtar dan Setiausaha DAP Pulau Pinang, supaya memohon maaf kerana mengeluarkan kenyataan berunsur perkauman terhadap pekerja restoran itu.

Pengerusi Badan Perhubungan Kimma Pulau Pinang, Faruk Raja Mohamed berkata, kenyataan Ng itu begitu biadab dan mengguris hati masyarakat India Muslim di negara ini.

Ng didakwa mengeluarkan ungkapan "Tutup kedai, balik India" terhadap pekerja restoran itu.

Syed Kassali, yang dikunjungi Ng di kedainya tengah hari tadi berkata, beliau akan berbincang dengan Kimma dan Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA) untuk tindakan selanjutnya memandangkan laporan polis telahpun dibuat terhadap Ng.

"Insiden ini telah mengakibatkan perniagaan saya merosot sehingga 50 peratus dan terpaksa menanggung kerugian RM30,000 sejak kejadian Ahad lepas," katanya kepada pemberita.

Dalam kejadian pada malam ahad itu, Ng dilaporkan bertindak kasar terhadap Syed Kassali dan didakwa mengeluarkan kata-kata berbaur perkauman itu semasa beliau menyertai anggota penguatkuasa Majlis Perbandaran Pulau Pinang menyerbu restoran itu. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan