Najib Ucap Selamat Sambut Hari Ponggal Kepada Kaum India

Diterbitkan: Jumaat, 14 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengucapkan selamat menyambut Hari Ponggal kepada kaum India di negara ini.

"Dengan semangat 1Malaysia, saya menjemput rakyat Malaysia untuk bersama-sama saya bagi mengucapkan selamat hari Ponggal kepada kaum India, dan semoga dilimpahi kemakmuran," katanya dalam mesej Ponggal melalui Facebooknya hari ini.

Ponggal menandakan bermulanya bulan Thai dalam kalendar India, dan disambut dengan beras manis bagi anggota keluarga dan sahabat handai dan sambil berterima kasih atas hasil tuaian yang banyak.

Perayaan itu disambut selama empat hari dengan pelbagai aktiviti.

Pada hari pertama, Bhogi, pakaian dan barang-barang lusuh dibuang dan dibakar menandakan permulaan kehidupan baru manakala pada hari kedua, hari Ponggal, disambut dengan memasak susu segar awal pagi dan dibiarkan sehingga melimpah, satu tradisi yang diterjemahkan secara literal bagi Ponggal (dalam bahasa Tamil).

Orang ramai juga menyediakan juadah dan manisan dan saling kunjung mengunjungi antara satu sama lain.

Pada hari ketiga, Mattu Ponggal, ia bermakna untuk berterima kasih kepada ternakan lembu dan kerbau, kerana digunakan untuk membajak tanah manakala pada hari terakhir, Kanum Pongal, orang ramai pergi berkelah.

Semasa musim Pongal, orang ramai memakan tebu dan menghiasi rumah mereka dengan 'Kolam'. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan