MIC Yakin Dapat 80 Peratus Sokongan Pengundi India Di Tenang

Diterbitkan: Jumaat, 14 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LABIS: MIC yakin mampu menarik lebih daripada 80 peratus sokongan pengundi masyarakat India pada pilihan raya kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Johor kawasan Tenang 30 Januari ini.

Pengerusi MIC Johor, Datuk K.S Balakrishnan berkata pendekatan menyelesaikan masalah rakyat yang dilakukan oleh parti itu telah berjaya menarik pengundi.

"Sejak daripada pilihan raya umum 2008, jentera MIC Johor telah bergerak ke seluruh negeri mencari dan menyelesaikan permasalahan masyarakat India dan ini telah mendekatkan kita dengan masyarakat," katanya pada program menyelesaikan masalah rakyat yang disertai pelbagai agensi kerajaan di Pejabat MIC Labis.

Lebih 400 anggota masyarakat India dari kawasan Labis hadir menyebabkan pejabat itu penuh sesak.

Antara agensi kerajaan yang terlibat dalam program itu ialah Jabatan Kebajikan Masyarakat, Pertubuhan Keselamatan Sosial, Jabatan Pendaftaran Negara, dan Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (TEKUN).

Menurut Balakrishnan, kerajaan negeri Johor di bawah pimpinan Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman amat proaktif dalam menyelesaikan pelbagai masalah yang dihadapi masyarakat India seperti dalam soal tanah untuk kuil, infrastruktur sekolah Tamil dan kegiatan ekonomi.

Satu contoh terbaik, katanya, ialah di Kampung Veeran di sini di mana 14 keluarga di situ terpaksa dipindahkan kerana tanah yang didiami mereka akan diambil oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad bagi projek pembinaan landasan berkembar, tetapi Menteri Besar dalam lawatan kerjanya ke Labis dua bulan lepas,telah berjanji untuk menyelesaikan masalah mereka dengan menyediakan tanah lot gantian kepada mereka.

"Dan hari ini kesemua 14 keluarga yang terjejas itu akan menyerahkan dokumen lengkap kepada Pejabat Tanah Daerah bagi mendapatkan tanah lot gantian itu. Ia amat menggembirakan mereka," katanya.

Setiausaha Kerja MIC Johor A.Asojan pula berkata, majlis menyelesaikan masalah pada hari ini mendapat sambutan amat baik.

MIC Johor telah mengadakan program serupa di Ladang Voules, Labis pada 3 Januari lepas yang turut mendapat sambutan baik.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian Datuk Sulaiman Taha, 59, daripada Barisan Nasional pada 17 Dis lepas. Penamaan calon ialah pada 22 Jan ini.

Tenang mempunyai 1,780 pengundi keturunan India daripada sejumlah 14,753 pengundi di situ. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan