KTMB Sedia Khidmat ETS Dari Ipoh Ke Batu Caves Sempena Thaipusam khamis Ini

Diterbitkan: Jumaat, 14 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penganut agama Hindu dan pelancong asing boleh menyaksikan sambutan meriah perayaan Thaipusam di Batu Caves dekat sini dan Gunung Ceruh, Ipoh di Perak dengan menggunakan Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS).

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dalam satu kenyataan berkata pihaknya akan menyediakan perkhidmatan tren ETS untuk laluan antara Ipoh dan Batu Caves pada Khamis depan.

Koc ETS akan beroperasi tiga kali pada hari sambutan di kedua-dua hala bermula awal pagi Khamis dan perjalanan akan berhenti di Stesen Ipoh, Batu Gajah, Kampar, Tapah Road, Sungkai, Slim River dan Tanjung Malim.

Dari Ipoh ke Batu Caves, tren akan berlepas seawal pukul 4.15 pagi, 7.15 pagi dan 4.15 petang dengan perjalanan mengambil masa lebih dua jam.

Dari Batu Caves ke Ipoh pula tren akan berlepas pada pukul 7.30 pagi, 10.30 pagi dan 7.30 malam dengan tempoh perjalanan yang sama.

Menurut KTMB, setiap penumpang dikenakan tambang RM30 sehala bagi dewasa dan RM19 bagi kanak-kanak berumur empat hingga 12 tahun.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari laman web www.ets-train.com.my. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan