Kementerian Pertahanan Tiada Cadangan Tambah Bilangan Kem PLKN

Diterbitkan: Jumaat, 14 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TAWAU: Kementerian Pertahanan tidak bercadang untuk menambah bilangan kem Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) memandangkan jumlah sedia ada mencukupi bagi menampung keperluan pelatih.

Ketua Setiausaha kementerian itu, Datuk Dr Ismail Ahmad berkata perkara yang menjadi keutamaan ketika ini ialah memberi nilai tambah kepada 79 kem PLKN sedia ada demi manfaat maksimum pelatih.

"Ini adalah pendirian kementerian pada masa ini kerana kita tidak mahu ada yang menganggap bahawa negara ada lagi cadangan baru untuk menambah jumlah kem PLKN," katanya kepada pemberita selepas melawat Kem PLKN San Shui di sini, Jumaat.

Mengenai keadaan kem PLKN di seluruh negara, beliau berkata sejak 2007, pihak kementerian telah menetapkan syarat ketat yang mesti dipatuhi sebelum sesuatu kem dibenarkan beroperasi.

Ismail berkata antaranya termasuk makanan, kesihatan, keselesaan pelatih dan keluasan kem.

"Kita tidak akan berundur (berganjak) daripada syarat-syarat ini kerana ia amat penting kepada pelatih. Tahap kesihatan, keselamatan dan keselesaan pelatih adalah keutamaan kita," katanya.

Terdahulu, dalam ucapannya, beliau berkata Kementerian Pertahanan dan Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) akan terus memainkan peranan bagi menentukan semua aspek kebajikan dan latihan di kem PLKN ditingkatkan.

Pada tahun ini sahaja, Ismail berkata kementerian telah menempatkan pegawai kaunseling di setiap zon kem PLKN bagi membantu pelatih yang memerlukan khidmat kaunselor terlatih.

Sementara itu, Ketua Pengarah JLKN Datuk Abdul Hadi Awang Kechil berkata jumlah pelatih yang masih dikuarantin di Kem Sentosa, Perak, berikutan simptom Penyakit Serupa Influenza (ILI) ialah 12 orang.

Katanya, daripada sejumlah 80 pelatih yang dikuarantin sebelum ini kerana mempunyai simptom ILI, hanya seorang disyaki dijangkiti virus Influenza A(H1N1) namun ia belum disahkan. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan