Selangor Benarkan Pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 - Peter Chin

Diterbitkan: Khamis, 13 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kerajaan negeri Selangor pada Disember lalu telah berjanji akan memberikan kebenaran kepada kerajaan persekutuan untuk membina Loji Rawatan Air Langat 2, kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui.

Loji tersebut merupakan salah satu komponen dalam Projek Penyaluran Air Mentah dari Pahang ke Selangor.

Beliau bagaimanapun berkata kementerian itu masih menunggu kebenaran bertulis daripada kerajaan negeri yang dijangka akan diberikan dalam bulan ini.

"Saya sebagai Menteri mengucapkan terima kasih kepada Menteri Besar Selangor (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) atas persetujuan beliau untuk memberikan kebenaran pembangunan bagi kawasan-kawasan yang kita inginkan, supaya Loji Rawatan Air Langat 2 boleh dibina mengikut jadual.

"Walaupun kita sudah tujuh bulan lewat daripada jadual, tetapi dengan adanya keputusan ini maknanya kita boleh teruskan. Kita akan meneruskan tender loji ini dalam bulan ini atau Februari.

"Dengan kebenaran ini maknanya halangan terakhir kita telah dikeluarkan," katanya kepada pemberita di sini, Khamis.

Peter Chin berkata keseluruhan projek berkenaan perlu disiapkan menjelang 2014 bagi mengelak berlaku kekurangan bekalan air bagi penduduk Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Beliau berkata walaupun Selangor mahu isu penstukturan semula industri bekalan air dibincangkan bersama dengan isu pembinaan loji, tetapi kerajaan persekutuan mahu kedua-dua perkara itu diasingkan bagi mengelakkan ia menjadi bertambah rumit.

"Kita mempunyai garis masa untuk Langat 2, kita mestikan siapkan kera-kerja tertentu pada masanya supaya pengguna boleh dapat bekalan air pada masa yang ditetapkan dan bagi mengelakkan masalah kekurangan bekalan air," katanya.

Peter Chin turut menyaksikan majlis menandatangani kontrak bagi Lot 1-3B Saluran Paip Berkembar Semantan dan Kerja-Kerja Berkaitan yang merupakan komponen ketiga dalam Projek Penyaluran Air Mentah dari Pahang ke Selangor.

Beliau berkata dengan tempoh pembinaan selama 43 bulan dan dijangka siap pada 30 Mei 2014, saluran paip berkembar melibatkan kerja-kerja pembinaan jalan masuk, pemasangan paip air, reka bentuk dan pemasangan injap yang melibatkan kos sebanyak RM268.5 juta.

"Dengan siapnya saluran paip berkembar ini, ia berupaya membekalkan sebanyak 1,890 juta liter air mentah sehari dan ianya akan menjadi paip berdiameter terbesar di Malaysia," katanya.

Pusat Data Hijau kementerian berkenaan turut dilancarkan pada majlis yang sama di mana Peter Chin memberitahu bahawa pengurusan pusat data bersepadu tersebut menekankan tentang penggunaan tenaga elektrik yang lebih cekap selaras dengan matlamat kementerian itu sebagai peneraju pembangunan teknologi hijau.

"Setiap pusat data menggunakan banyak tenaga elektrik, jadi kita harapkan pusat ini dapat diambil sebagai contoh dan dilaksanakan di pusat-pusat data yang lain (dalam menjimatkan tenaga elektrik)," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan