Pergerakan Kebebasan Sivil Malaysia Akan Lancarkan Gerakan "Hormati Suara Rakyat Selangor" - Berita Semasa | mStar

Pergerakan Kebebasan Sivil Malaysia Akan Lancarkan Gerakan "Hormati Suara Rakyat Selangor"

Diterbitkan: Khamis, 13 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pergerakan Kebebasan Sivil Malaysia atau Malaysian Civil Liberties Movement (MCLM) akan mengadakan satu sidang akhbar pagi Jumaat untuk mengumumkan penubuhan gerakan "Hormati Suara Rakyat Selangor".

Presiden MCLM, Haris Ibrahim dalam satu kenyataan berkata, penubuhan gerakan "Hormati Suara Rakyat Selangor" itu nanti adalah bertujuan untuk mendesak agar pelantikan setiausaha kerajaan Negeri Selangor yang baru, perlu ditentukan oleh kepimpinan kerajaan negeri itu dan bukannya oleh kerajaan pusat.

Katanya, gerakan "Hormati Suara Rakyat Selangor" adalah satu inisiatif rakyat sepenuhnya untuk menunjukkan rasa kecewa mereka di atas pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai setiausaha kerajaan negeri yang baru.

Kumpulan itu kata Haris berhasrat untuk mengadakan perhimpunan umum untuk mendesak Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek menarik balik pelantikan Khusrin itu.

Kata Haris, sidang akhbar mengenai penubuhan "Hormati Suara Rakyat Selangor" akan berlangsung di Dewan Perniagaan Cina Selangor dan Kuala Lumpur pada jam 11 pagi Jumaat.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan