Penonton Kemalangan Boleh Disaman - JKJR

Diterbitkan: Khamis, 13 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengguna jalan raya yang memberhentikan kenderaan mereka untuk menonton sesuatu kemalangan sehingga menjejas kelancaran lalu lintas boleh disaman, kata Ketua Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Datuk Suret Singh.

Beliau berkata tindakan undang-undang boleh dikenakan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987, di bawah peraturan 16 (1).

"Hanya terdapat lima pihak yang berperanan semasa kemalangan jalan raya berlaku iaitu saksi kemalangan, anggota penyelamat, agensi kerajaan yang berkepentingan, pertubuhan bukan kerajaan yang berkepentingan dan orang awam yang dilatih sebagai paramedik atau mempunyai kemahiran dan latihan dalam memberikan bantuan kecemasan.

"Pihak lain tidak sepatutnya berhenti kerana ia hanya akan menyebabkan kesesakan lalu lintas menjadi semakin buruk malah boleh mendatangkan risiko lain seperti kemalangan kecil.

"Oleh sebab itu, mereka boleh disaman kerana menghalang lalu lintas dan mengganggu operasi menyelamat mangsa kemalangan," katanya kepada pemberita semasa kempen advokasi JKJR di sini, Khamis.

Suret berkata kempen tersebut yang dijalankan dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan polis bertujuan menguatkuasakan pemakaian tali pinggang kenderaan dan topi keledar.

Katanya berdasarkan maklumat JPJ, saman yang dikeluarkan bagi kesalahan tidak memakai tali pinggang keselamatan dari Januari hingga November tahun lepas ialah sebanyak 5,952 kes manakala bagi kesalahan tidak memakai topi keledar sebanyak 9,562 kes.

"Mengikut kajian Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (Miros), dianggarkan sebanyak 200 kematian, 360 kecederaan parah dan 1,020 kecederaan ringan dapat dikurangkan sepanjang tahun jika peraturan itu dipatuhi.

"Tali pinggang yang dipakai hendaklah dengan cara yang betul, jika penumpang kanak-kanak, pakailah kaling pinggang kanak-kanak dan jika memakai topi kaledar, ikatlah dengan kemas dan mempunyai piawaian yang diluluskan Sirim," nasihat Suret.

Katanya kempen advokasi JKJR dijalankan di seluruh negara sekurang-kurangnya sekali seminggu pada hari biasa manakala pada musim perayaan kempen diadakan setiap hari. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan