PAS Selangor Dakwa Kenyataan Hassan Ali Diputar Belitkan

Diterbitkan: Khamis, 13 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: PAS Selangor pada Khamis menegaskan bahawa mereka berdiri teguh di belakang kenyataan akhbar yang dibuat oleh Pesuruhjayanya, Datuk Dr Hasan Ali pada Rabu berhubung isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru.

Ini kerana kenyataan akhbar tersebut adalah selaras dengan arahan parti dan presiden PAS.

Ketua Penerangan Badan Perhubungan PAS Selangor, Roslan Shahir Mohd Shahir berkata, PAS negeri kesal kenyataan yang dibuat dalam sidang akhbar tersebut telah diputar-belitkan oleh sebuah portal berita sehingga menggambarkan seolah-olah PAS Selangor bersetuju dengan proses pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi dan terpisah dari pendirian Pakatan Rakyat Selangor dan kerajaan negeri.

"PAS Selangor ingin mengulangi bahawa ia komited dengan pendirian kerajaan negeri dan bersetuju dengan sidang khas Dewan Negeri Selangor yang dijadualkan pada 24 Januari ini yang bermatlamat mengembalikan kuasa istana dalam undang-undang tubuh kerajaan negeri Selangor.

"Sesungguhnya PAS Selangor menolak sebarang bentuk campurtangan dan gangguan dari Kerajaan Persekutuan berhubung pelantikan pegawai kanan negeri tanpa melibatkan kerajaan negeri.

Sehubungan dengan itu, PAS Selangor sedang menimbang untuk mengambil tindakan tegas terhadap portal berkenaan kerana melaporkan perkara yang tidak benar dan berbentuk fitnah.

Sebelum itu, satu rombongan yang diketuai oleh Pesuruhjaya, Setiausaha Perhubungan dan Ketua Penerangan PAS Selangor telah mengunjungi Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang yang mana rombongan berkenaan telah mempertontonkan rakaman video sepenuhnya sidang akhbar tersebut kepada Hadi.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan