Nur Alert Dapat Kelulusan Jemaah Menteri

Diterbitkan: Khamis, 13 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sistem amaran awal yang bertindak sebagai sistem mengesan dan menghebahkan kehilangan kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah telah mendapat kelulusan Jemaah Menteri semalam, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Khamis.

"Jemaah Menteri turut memutuskan bahawa sistem ini dinamakan NUR Alert (National Urgent Response Alert)," katanya dalam kenyataan bersama Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein di sini.

Beliau berkata sistem yang akan dipengerusikan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu akan dilaksanakan serta-merta, manakala kementeriannya sebagai timbalan pengerusi.

"Penyebaran adalah melalui pelbagai saluran seperti poster, laman web, SMS dan papan kenyataan elektronik," katanya.

Beliau berkata pelaksanaan sistem itu turut melibatkan kerjasama strategik antara pihak kerajaan, sektor swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO). - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan